Homeopati adalah suatu jenis perubatan alternatif yang dipelopori oleh Samuel Hahnemann pada abad ke-18. Teori dasar di balik teknik sebegini adalah bahawa orang sakit boleh disembuhkan dengan menggunakan kesan pantulan bahan yang menghasilkan gejala sakit pada orang sihat. Homeopati disediakan dengan menambah banyak air dalam suatu bahan , memukulnya, lalu mengambil sedikit air, menambah ke air yang banyak, memukulnya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa rawatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada ubat".
Teknik ini sangat diragukan orang skeptik - mereka
menganggap pesakit akan merasa lebih baik setelah menjalani terapi homeopati
disebabkan perasaan pesakit itu sendiri yang berazam ingin sembuh, suatu
keadaan yang dikenal dengan istilah "kesan plasebo" (placebo
effect)[1] Banyak
ahli sains juga tidak percaya dengan kaedah ini kerana ia bertentangan dengan
hukum-hukum fizik dan kimia.[2]
Latar belakang
Istilah asalnya berpunca daripada dua perkataan, iaitu
“homoios” - bermakna ‘serupa’ atau ‘seumpama’- dan “pathos” - bermaksud
‘penderitaan’, ‘perasaan’ atau ‘penyakit’. Secara mudahnya, homoeopati
bermaksud cara atau kaedah “merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip
serupa dengan yang serupa,” perkara ‘yang serupa’ ini difahamkan sebagai gejala
atau simptom; sekiranya seseorang itu mengalami gejala tertentu seperti loya
dan muntah, maka ia akan dirawat secara homoeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan
semboyan-semboyan loya dan muntah yang serupa.
Dari segi sejarah, konsep dan undang-undang fundamental
homoeopati ini telah bermula sejak zaman Hippokrates,
seorang pakar perubatan Yunani
Purba yang hidup pada kurun ke-5 sebelum Masihi. Hippocrates pernah
menulis: “By similar things a disease is produced and through the application
of the like, it is cured.”[3] Dalam
erti kata lainnya, menerusi benda yang serupa sesuatu penyakit itu terjadi dan
menerusi aplikasi yang serupa ianya disembuhkan. Teori konsep dan undang-undang
dalam teknik perubatan ini telah diketahui antaranya oleh Paracelsus,
iaitu seorang ahli perubatan German abad ke-16 Masihi; mamun Hahnemann
merupakan orang pertama yang mengasaskan konsep ini menjadi suatu sistem
perubatan yang kukuh dan melopori ia sebagai suatu pilihan alternatif kepada
sistem perubatan aliran utama dan ortodoks.
Ruj :- https://ms.wikipedia.org/wiki/Homeopati
No comments:
New comments are not allowed.