Friday, March 29, 2024

BLOCKED NOSE DENGAN KAEDAH AKUPUNTUR

 


Kekerapan berlakunya masalah hidung tersumbat

Hidung tersumbat ialah rasa sesak dan ketidakselesaan di dalam hidung. Masalah ini boleh berlaku untuk seketika atau berpanjangan, bergantung kepada puncanya 1

Jangkitan seperti selesema, flu, sinusitis atau alahan merupakan antara punca hidung tersumbat berlaku. Perengsa seperti asap rokok atau asap kenderaan turut menjadi penyebab kepada masalah ini. Hidung tersumbat yang diakibatkan oleh perengsa boleh menyebabkan rinitis alahan atau rinitis bukan alahan 2.

Kesesakan hidung ialah tanda pertama yang menunjukkan badan sedang melawan jangkitan virus atau bakteria. Apabila masalah hidung tersumbat terjadi, anda boleh mengalami gejala-gejala lain seperti 3

Kesukaran bernafas melalui hidung

Hingus mengalir daripada hidung atau hidung berair

Bernafas melalui mulut 

Bayi yang mengalami gejala ini akan kurang menyusu

Maksud alergi dan kaitannya dengan hidung tersumbat

Hidung yang tersumbat boleh terjadi akibat rinitis alahan atau rinitis bukan alahan. 

#1. Rinitis alahan

Maksud alergi ialah apabila badan bertindak balas terhadap alergen – bahan yang boleh menyebabkan alahan. Contoh-contoh alergen ialah 4

  Debunga: Debunga yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan mungkin masuk ke dalam hidung dan memulakan tindak balas alahan

  Hama: Peralatan rumah yang mungkin mengandungi hama termasuk permaidani dan perabot

  Kulat: Kulat mengeluarkan spora yang boleh mengakibatkan alahan

  Bulu haiwan: Haiwan berbulu seperti kucing dan anjing boleh menjadi punca alahan bagi sesetengah individu

#2. Rinitis bukan alahan

Kondisi ini berlaku apabila cecair terkumpul di dalam hidung dan menyebabkan keradangan seterusnya menjadi punca hidung berair.

Keradangan juga boleh berlaku jika anda dijangkiti virus atau terdedah kepada 3,5

Persekitaran: Tekanan, asap, bau cat atau makanan pedas 

Ubat-ubatan: Ubat darah tinggi atau ubat tahan sakit

Hormon: Perubahan hormon semasa akil baligh atau kehamilan

Jangkitan: Jangkitan sinus (sinusitis) atau selesema

Adenoid membengkak: Adenoid ialah kelenjar yang terletak betul-betul di belakang saluran hidung dan berfungsi untuk memerangkap kuman

Kualiti hidup terjejas 

Masalah rinitis bukan sesuatu yang serius. Meskipun begitu, rinitis akan menjejaskan kualiti hidup anda.

Hidung yang tersumbat boleh mengganggu tidur dan menyebabkan keletihan di siang hari 6

Kanak-kanak pula boleh mengalami pernafasan tidak teratur, dengkuran dan apnea tidur obstruktif.

Secara tidak langsung, masalah ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran atau produktiviti di tempat kerja.

Petua dan rawatan

Terdapat beberapa petua dan rawatan bagi menghilangkan masalah hidung tersumbat sebelah 1, 3, 7 . Pastikan saluran hidung dan sinus kekal lembap. 

Ramai yang tersalah anggap bahawa udara kering membantu mengatasi masalah hidung berair. Namun yang demikian, udara kering sebenarnya memburukkan lagi keadaan ini.

Untuk memastikan saluran hidung sentiasa lembap, lakukan perkara-perkara berikut:

Gunakan humidifier untuk menambahkan kelembapan udara. Udara yang lembap dapat memecahkan lendir dan memberikan kelegaan 

Mandi dengan air suam atau melakukan penyedutan wap (steam inhalation)

Minum air secukupnya. Air membantu menipiskan lendir dan meredakan rinitis

Semburan air garam (saline) dapat melembapkan saluran hidung dan membersihkan lendir

Letakkan tuala yang telah direndam dalam air suam pada muka. Langkah ini dapat melegakan ketidakselesaan dan membuka saluran hidung

Ketika tidur, pastikan bahagian kepala ditinggikan. Ini boleh melegakan masalah hidung tersumbat

Elakkan mandi di dalam kolam yang mengandungi air berklorin kerana boleh merengsakan saluran hidung

RUJ :- https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/hidung/hidung-tersumbat/

 


Melalui kaedah rawatan akupuntur antara titik  yang diberi adalah:-  

LI 19, DU 23, DU 25, DU 26 

Ruj :- Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”


 


#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

No comments: