Monday, March 18, 2024

RAWATAN ALAHAN (ALLERGY) MELALUI KAEDAH HOMEOPATHY

 


Apa Itu alahan?

Alahan bermaksud perubahan aktiviti.

Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan [1].

Reaksi alahan :

ringan (contohnya: rasa loya, pening).

serius (contohnya: sukar bernafas, tidak selesa pada bahagian dada).

berlaku dengan serta merta atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen.

berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.

Apakah Penyebabnya?

Antara penyebabnya adalah seperti berikut :

Tumbuh-tumbuhan

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara.

Makanan

Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah [1] :

telur.

susu.

gandum.

kekacang (khususnya kacang tanah).

ikan, udang dan makanan laut lain.

Ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan oleh sistem imun yang hipersensitif.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab lazim di dalam kes alahan ini [1].

Apakah Hubungkait Alahan Dengan Pemeriksaan X-ray?

Bahan ubatan (media kontras) yang digunakan semasa pemeriksaan X-ray boleh menyebabkan tindak balas hipersensitif.

Media kontras (Gambar 1) adalah bahan yang digunakan untuk memperjelaskan sesuatu struktur atau cecair dalam badan.

Digunakan untuk melihat struktur atau patologi yang dikehendaki dengan lebih jelas (Gambar 2).

Ia biasanya dimasukkan melalui salur darah atau dicampur bersama air kosong untuk diminum. Kaedah ini digunakan mengikut jenis pemeriksaan yang akan dijalankan.

Sekiranya anda mengalami alahan, terdapat beberapa langkah persediaan  yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas pemeriksaan X-ray berkontras.

Bahan media kontras akan memberikan kesan sampingan kepada anda yang mempunyai alahan jika langkah persediaan tidak dipatuhi.

Biasanya anda akan diberikan sejenis ubatan (steroid) sebelum pemeriksaan dijalankan, sekiranya anda mengalami sebarang tindak balas hipersensitif.


Antara Pesakit Yang Berpotensi Mendapat Reaksi Alahan Bahan Media Kontras

Pesakit yang pernah mengalami (sejarah alahan) reaksi anafilaksis, mereka berkemungkinan untuk mendapat reaksi alahan.

Pesakit yang mempunyai sejarah asma.

Pesakit yang mengalami alahan kepada makanan dan ubat-ubatan yang tertentu.

Perhatian: sekiranya anda tergolong dalam kategori di atas sila maklumkan kepada doktor yang merawat anda dan kepada Juru X-ray yang bertugas pada hari pemeriksaan.

Tanda/ gejala Reaksi Alahan Bahan Media Kontras

Tanda-tanda dan gejala tindak balas hipersensitif yang biasa dilihat ialah:

Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.

Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.

Mual

Muntah

Gatal dan mata berair

Kesukaran bernafas

Tidak selesa pada bahagian dada

Pening

Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan makanan laut, walaupun ia sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan.

Kaedah Rawatan Jika Terdapat Kesan Alahan Bahan Media Kontras

Sekiranya anda mengalami gejala akibat tindak balas hipersensitif kepada bahan media kontras, segera hubungi doktor anda untuk mengetahui tentang rawatan sewajarnya.

Pihak hospital akan sentiasa menyediakan keperluan untuk menghadapi segala kecemasan kepada alahan.

Bagi gejala yang ringan seperti gatal-gatal dan ruam pada kulit, rawatan biasa diberikan ialah ubat antihistamin, tetapi sekiranya anda mengalami kesukaran bernafas, tidak selesa pada bahagian dada, pening atau lain-lain gejala yang semakin teruk, rawatan yang lebih intensif akan diberikan.

Langkah Pencegahan Yang Perlu Dilakukan

Kaedah yang paling selamat untuk mencegah tindak balas hipersensitif kepada bahan media kontras dari berlaku ialah patuhi setiap nasihat tentang persediaan pesakit untuk menjalani pemeriksaan yang menggunakan bahan media kontras ketika mendapatkan tarikh temujanji.

Sekiranya perlu, makan ubat mengikut nasihat doktor.

Anda perlu memaklumkan kepada doktor dan juru X-ray yang bertugas sekiranya mengalami alahan ataupun asma.

Kerjasama daripada anda sangat dititikberatkan supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

RUJ :- http://www.myhealth.gov.my/alahan/



Melalui kaedah rawatan homeopati beberapa ubat yang biasanya diberikan untuk merawat alahan (allergy) , antaranya adalah :-

 SULPHUR, LYCOPODIUM, PULSATILLA, THUJA

Ruj :-  select you remedies




#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

No comments: