Penyembuhan Apendiks Melalui
Kaedah Akupuntur
Rasa sakit menyucuk
pada bahagian abdomen boleh disebabkan oleh masalah kembung perut. Tetapi ada
kalanya ia merupakan tanda sakit apendiks.
Apendiks adalah
kantung kecil dan bujur pada penghujung usus besar di bahagian bawah abdomen
kanan.
Walaupun ia tidak
mempunyai fungsi penting, tetapi jika apendiks tersumbat ia boleh mengakibatkan
keradangan dan jangkitan.
Mengetahui
perbezaan antara kedua-dua keadaan ini penting, kerana keradangan apendiks
boleh mengancam nyawa!
Untuk mendapatkan
lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Tanda sakit
apendiks
Gejala apendisitis
paling biasa adalah rasa
sakit perut yang cenderung:
Bermula di sekitar
perut sebelum merebak ke bahagian bawah abdomen kanan
Bertambah teruk
semasa bergerak, menarik nafas mendalam, bersin atau batuk
Kesakitan terjadi
tiba-tiba
Bertambah teruk
dalam beberapa jam
Merupakan kesakitan
yang tidak pernah dirasai
Pernah terjadi
dengan tambahan gejala baharu
Selain sakit perut
seperti masalah perut kembung, tanda sakit apendiks juga termasuk
Hilang selera makan
Pening dan muntah
Sembelit
Keletihan tanpa
sebab
Gas
berlebihan atau sukar
membuang gas
Bengkak pada
abdomen
Demam
Peningkatan kekerapan
dan keinginan kencing
Sakit semasa
meregangkan kaki kanan atau pinggul kanan
Gejala awal
biasanya muncul dalam tempoh 12 hingga 24 jam pertama.
Dianggarkan 75%
individu dengan apendiks mengalami gejala yang memerlukan rawatan perubatan
dalam tempoh 24 jam selepas keradangan bermula.
Tanda sakit
apendiks pada wanita hamil
Bagi ibu
hamil, kesakitan mungkin dirasai pada bahagian abdomen yang berbeza.
Ini kerana tubuh
mereka sedang mengubah kedudukan bagi menampung berat janin
yang membesar.
Mereka yang sedang
berbadan dua juga mungkin akan mengalami gejala seperti loya atau muntah
Pada kanak-kanak
Kebanyakan kes
apendiks ini terjadi pada mereka dalam lingkungan usia 10 hingga 20 tahun.
Oleh sebab itu
penting untuk mengenal pasti gejala sakit apendiks yang boleh dialami anak
anda.
Sesetengah
kanak-kanak, seperti bayi atau anak kecil, mungkin tidak dapat memberitahu
kesakitan yang dirasai, sekali gus membuatkan apendiks sukar dikesan.
Namun beberapa tanda
kesakitan bukan lisan boleh dikenal pasti ibu
bapa, seperti:
Jalan membongkok
Berbaring pada satu
sisi badan sahaja
Selalu menyendiri
Sukar bangun atau
kekal berjaga
Tanda sakit
apendiks: Faktor risiko
Sesetengah individu
mempunyai kecenderungan tinggi untuk mengalami
masalah apendiks ini.
Antara faktor
risiko yang menyumbang kepada pengembangan apendiks adalah seperti:
Usia: Kebanyakan
kes apendiks terjadi ketika berusia 10 hingga 20 tahun
Jantina: Secara
umumnya lelaki lebih cenderung mengalami apendisitis akut. Namun wanita
cenderung mengembangkannya ketika berusia 14 hingga 25 tahun
Amalan diet rendah
serat: Pengambilan makanan rendah serat berpotensi menyebabkan lemak, serat
tidak dicerna dan garam berkumpul pada apendiks, sekali gus menyebabkan
keradangan atau penyumbatan
Genetik: Dipercayai
bahawa faktor genetik turut menyumbang kepada pengembangan apendiks
Memahami komplikasi
Masalah apendisitis
yang tidak didiagnosis atau dirawat boleh mengakibatkan komplikasi serius,
seperti:
Tanda sakit
apendiks #Berlubang & pecah
Jika apendiks
tersumbat, tisu sekitarnya mungkin mati kesan kekurangan oksigen atau
pertukaran nutrien.
Tisu mati ini mudah
terkoyak atau mewujudkan lubang (perforasi), yang membolehkan bakteria atau
mikrob memasuki organ, sekali gus membentuk abses – bengkak bernanah.
Abses yang semakin
membesar boleh mewujudkan tekanan pada apendiks. Kesannya ia boleh meletus
(pecah).
Jika ini berlaku,
apendiks boleh mengakibatkan kebocoran najis, nanah dan kandungan lain ke dalam
aliran
darah.
Antara tanda sakit
apendiks pecah atau berlubang merangkumi:
Kesakitan teruk,
menyukarkan untuk berdiri tegak atau berjalan
Rasa kelembutan
(tenderness) abdomen yang melampau
Demam panas
Muka kemerahan
Berpeluh atau
menggigil
Hilang kesedaran
Muntah
Kurang selera makan
Ruj :- https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/perut-kembung/tanda-sakit-apendiks/
Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya
diberikan untuk merawat Apendiks, antaranya adalah:
LI.4, LI.11, ST.36
Ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama
No comments:
New comments are not allowed.