ABORTION (KEGUGURAN) MELALUI KAEDAH AKUPUNTUR
Keguguran berlaku
bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim
pada usia kandungan kurang dari 22 minggu. Kandungan yang tidak menunjukkan
perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda-tanda hidup juga dirujuk sebagai
keguguran jika berlaku kurang dari 22 minggu. Keguguran berlaku kepada 8-20%
ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13
manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 22 minggu mengandung.
Sebab-sebab
Banyak faktor boleh
menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih.
Antaranya adalah:
Masalah genetik: 30%
keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah
genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami
gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi
40-45% dari sebab keguguran.
Masalah penyakit
si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur
dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Faktor-faktor yang
meningkatkan risiko keguguran
Usia ibu: ibu
yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
Pernah keguguran
sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur lagi adalah
20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat
kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
Merokok: merokok
lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
Alkohol: pengambilan
alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.
Demam panas: melebihi
37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran
Trauma: trauma
(kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan
risiko. Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous
sampling (sila lihat)
Kafeine: pengambilan
kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan
risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
Sebab-sebab lain: risiko
meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah
ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Jenis
Ancaman keguguran (Threatened
miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah
perut. Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan
minggu mengandung. Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri
dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan. Ada juga kes dimana
pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur. Majoriti kes
tidak berakhir dengan keguguran.
Keguguran tidak
dapat dielak (inevitable miscarriage) – keguguran tidak dapat
dielakkan. Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit
perut bertambah kuat.
Keguguran tidak
lengkap (incomplete miscarriage) – bermakna kandungan telah gugur keluar
tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka
dan boleh tumpah darah yang banyak.
Keguguran lengkap (complete
miscarriage) – kandungan telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku
sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa
pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan
simptom-simptom mengandung sudah hilang. Ultra bunyi menunjukkan rahim
tidak tertinggal janin.
Keguguran septik (septic
miscarriage) – ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim.
Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan
lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)
Persembahan
klinikal
Antara simptom
adalah pendarahan (tumpah darah) dan sakit (di bahagian bawah perut) semasa
awal mengandung (kurang minggu ke-12). Pendarahan yang sedikit dan rasa
kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita
yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu
bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Diagnosis
Dalam kebanyakkan
kes, ultra bunyi digunakan untuk memastikan kandungan tersebut masih bernyawa
atau tidak (viable). Ultra bunyi juga penting dalam mengenalpasti lokasi
kandungan itu (lihat ectopic pregnancy)
Rawatan
Pemerhatian (observation)
– kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik
rawatan perubatan atau pembedahan. Jika keguguran berlaku sebelum minggu
ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti
kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja. Selalunya janin tersebut akan
keluar dari rahim dalam masa seminggu dua. Ada kalanya mengambil masa 3
hingga 4 minggu selepas itu. Apabila kandungan itu keluar, doktor
selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang
masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).
Rawatan perubatan–
sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke
dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut
Rawatan Pembedahan–
prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor
akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage (cuci)
dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.
D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan
ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi
yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah
menyedut janin yang agak mudah dilakukan.
Selepas keguguran?
Selepas keguguran,
ibu dinasihatkan supaya tidak memasukkan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama
2 minggu. Selalunya doktor menasihatkan tunggu 2-3 bulan sebelum cuba
mengandung lagi. Tiada masalah mengambil kaedah perancang (termasuk IUCD)
selepas keguguran. Doktor mungkin memberi ubat tambah darah dan antibiotik
untuk mengurangkan kurang darah (lihat anemia) dan risiko jangkitan (keguguran
septik).
RUJ :- http://www.myhealth.gov.my/keguguran-2/
Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang
biasanya diberikan untuk merawat Abortion ( Keguguran ), antaranya adalah :-
Ren 2, Ren 3, Li 4
RUJ :- Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical
Chinese Medicine”
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama
No comments:
New comments are not allowed.