Arthritis adalah
radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan
kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma “autoimmune”, jangkitan, perubahan
“degenerative” atau kecacatan pada baka.
Jenis-jenis
arthritis adalah:
Osteoarthritis (OA)
Rheumatoid
Arthritis
Infectious
arthritis
Polymyalgia
rheumatica
Tanda-tanda dan
gejala
Sakit sendi
(lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan
bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
Bengkak di bahagian
sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
Kekerasan sendi.
Sakit di sekitar
sendi.
Deformiti.
Krepitus semasa
pergerakan (dalam OA).
Otot mengecil (Otot
peha bagi arthritis sendi lutut).
Pergerakan sendi
dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
sukar melakukan
tugasan tertentu.
sakit bertambah
teruk apabila pergerakan berlebihan.
Faktor-faktor
risiko osteoarthritis
Peningkatan umur
Kegemukan :
di kedua – dua
sendi lutut yang mendapat OA
Keturunan:
terutamanya OA yang
terjadi pada semua sendi.
Pergerakan yang
keterlaluan.
Kecederaan sendi
yang teruk:
Kepatahan tulang.
Koyak pada bahagian
meniscus.
kerosakan pada
ligamen
Pekerjaan:
OA sendi lutut
dikalangan pekerja.
OA sendi paha di
kalangan petani.
Perawatan
Perawatan OA
melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala
dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan
rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes
tertentu, pembedahan diperlukan.
Pendidikan pesakit
Pesakit yang
mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan
jangkapanjangnya perlu di bincangkan.
Pesakit yang
memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan
lebih baik dan kurang mengadu sakit.
Matlamat utama
adalah untuk menanam sikap yang positif.
Penurunan berat
badan
Pesakit yang
mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
Penurunan berat
badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
Penurunan 5 kg
berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi
setiap langkah.
Fisioterapi
Fisioterapi perlu
dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan
kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang
berlarutan.
Semua pesakit perlu
mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan
menguatkan otot-otot sekelilingnya.
Program senaman
Program senaman
perlu di khususkan untuk setiap individu.
Gabungan senaman
termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti
rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis
program senaman:
Senaman gerakan
sendi dan senaman meningkat kekuatan.
Senaman isometrik
adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang
menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.
Program aerobik
Senaman aerobic
yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal,
berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
Perlindungan sendi
– Alat bantuan
berjalan
Bagi OA sendi paha
dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengurangkan tekanan
keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%.
Gunakan tongkat
yang sesuai ketinggiannya.
Bahagian atas
pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tangan pesakit apabila beliau
berdiri.
Kasut yang selesa
dan penyerap retakan adalah digalakkan.
– Alat sokongan
pada lutut
Penggunaan alat
sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang bermasalah
“degenerative”.
– “Taping” pada
Tempurung lutut
Bagi OA
petello-femoral, “Taping” pada bahagian medial tempurung lutut dan diikuti oleh
senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi.
– Kaedah-kaedah
mengurangkan kesakitan
Kaedah terapi haba
Kaedah terapi haba
mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan
mengurangkan bengkak.
Kaedah terapi haba
ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
Terapi haba tidak
digalakan untuk sakit sendi yang akut.
Kaedah
Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
TENS berkesan
menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
Gabungan intensiti
yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.
PEMULIHAN CARAKERJA
Pemulihan carakerja
membantu dalam mengurangkan hilangupaya aktiviti harian melalui penggunaan
alatan yang diubahsuai.
Indikasi penggunaan
alat sokongan (Splinting)
Alat sokongan
digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan
mengurangkan sakit.
Contoh: Alat
sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan
sendi lutut.
Ubahsuaian kasut
Pengubahsuaian
kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian
tapak kaki.
Pengurusan tekanan
Sakit selalunya
adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-tanda tekanan.
Jurupulih carakerja
akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang yang boleh membantu
mengurangkan sakit.
Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang keterlaluan dapat diatasi.
Ruj :- http://www.myhealth.gov.my/en/arthritis-6/
Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat arthritis , antaranya adalah :-
LI 4, LI 11, ASHI AND DISTAL POINTS
Ruj :- Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”
Melalui kaedah rawatan homeopati beberapa ubat yang biasanya diberikan untuk merawat arthritis , antaranya adalah :-
CHELIDONIUM, LYCOPODIUM, RHUS TOX, DULCAMARA
Ruj :- select
you remedies
No comments:
New comments are not allowed.