Thursday, March 28, 2024

BLINDNESS DENGAN KAEDAH AKUPUNTUR

 


APAKAH PENYEBAB BUTA WARNA

Penyebab buta warna ialah secara genetik iaitu melalui kromosom X yang telah melalui mutasi. Golongan lelaki lebih cenderung untuk menerima penyakit ini. Setiap individu mempunya kon di retina mata masing-masing. Kon ini bertanggungjawab memantulkan cahaya yang menembusi mata. Sekiranya kon tersebut rosak, maka individu tersebut akan hilang kebolehan untuk mengenal pasti warna tertentu.

Selain itu, buta warna juga boleh disebabkan oleh sebarang kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada retina ataupun kecederaan pada bahagian occipital otak. Hal ini kerana bahagian-bahagian tersebut merupakan bahagian yang penting untuk melihat warna dengan jelas. Kecederaan di bahagian tersebut boleh disembuhkan dengan menjalani pembedahan.

Seterusnya, penyebab lain adalah kekurangan vitamin A dalam nutrisi seharian. Ramai tidak mengetahui bahawa vitamin A ini merupakan satu sumber penting untuk perkembangan visual mata yang terutamanya fokus kepada warna. Vitamin A banyak didapati dalam sayuran seperti tomato dan lobak merah. Terdapat juga suplemen tambahan untuk meningkatkan pengambilan vitamin A yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pil-pil ini dapat mengurangkan gejala buta warna yang dihadapi.

Sehubungan dengan itu, pesakit kencing manis yang tidak terkawal juga boleh mendapat buta warna. Hal ini disebabkan oleh kandungan gula yang sangat tinggi dalam badan mereka yang boleh menjejaskan saluran darah di dalam mata justeru menjejaskan retina dalam mata yang mengandungi kon warna untuk membolehkan kita melihat warna.

Tambahan pula, pancaran cahaya ultraviolet juga sangat membahayakan mata. Ini disebabkan pancaran cahaya ultraviolet sangat berkuasa dan mampu merosakkan bukan sahaja retina malah kornea dan lensa dalam mata. Oleh itu, perlindungan seperti kaca mata hitam perlulah dipakai selalu apabila berhadapan dengan sumber ultraviolet seperti cahaya matahari.

Penyebab lain yang boleh mengakibatkan buta warna ialah penggunaan ubat-ubatan. Sesetengah ubat apabila dosnya terlebih maka boleh mendatangkan kejadian yang tidak diingini. Ubat yang boleh mendatangkan buta warna adalah seperti ethambutol yang kerap digunakan untuk mengubati penyakit tuberkulosis. Tambahan pula, apabila mata terdedah kepada toksin ia juga boleh merosakkan kornea dan retina justeru mengakibatkan bukan sahaja buta warna malah buta total.

Selain daripada itu, terdapat beberapa penyakit yang boleh mengakibatkan penyakit buta warna seperti ‘Parkinsons’ dan katarak mata. Kedua-dua penyakit ini boleh juga menjejaskan pandangan sehingga tidak dapat disembuhkan lagi. Oleh itu, individu yang mempunyai penyakit ini haruslah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keadaan ini tidak berlaku kerana apabila pandangan rosak sekali ianya bermaksud selama-lamaya. Jadi, semua pihak haruslah berwaspada.

APAKAH GEJALA BUTA WARNA

Gejala buta warna ini terbahagi kepada dua jenis. Yang pertama adalah orang yang tidak dapat membezakan dua warna. Ini selalu menjadi masalah apabila berhadapan dengan warna merah dan hijau. Apabila melihat warna biru dan kuning mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah.

Jenis kedua ialah hanya boleh melihat beberapa warna sahaja manakala orang lain boleh melihat pelbagai jenis warna. Kebanyakan daripada individu tidak dapat mengesan dengan sendiri bahawa mereka ada buta warna dan kerap menafikannya.

Gejala buta warna yang tidak dapat membezakan merah dan hijau boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ‘protanopia’, ‘deuteranopia’, ‘protanomaly’. ‘Protanopia’ bermaksud kekurangan kon warna merah di retina mata yang menyebabkan mereka tidak dapat mengenal pasti hijau, kuning dan merah di spektrum warna.

‘Deuternaopia’ bermaksud kekurangan kon warna hijau di dalam retina mata dan tidak dapat membezakan warna hijau, kuning dan merah dalam spektrum warna. Akhirnya, ‘protanomaly’ bermaksud mutasi di kon merah dalam retina mata yang membolehkan mereka melihat merah seolah-olah hitam. Keadaan ini merupakan keadaan yang sangat luar biasa dan tidak selalu berlaku.

BAGAIMANA ANDA BOLEH UJI MATA ANDA

Terdapat dua cara yang selalu digunakan untuk mengesan pesakit buta warna ini. Cara pertama ialah dengan menggunakan carta Ishihara. Carta ini mengandungi nombor yang ditulis menggunakan sejenis warna dan latar belakangnya mempunyai warna lain yang berbeza. Pesakit diminta membaca nombor yang tertera. Bagi individu yang biasa, ini tidak akan menjadi masalah besar tetapi bagi pesakit buta warna ianya memang sangat susah.

Cara kedua ialah dengan menggunakan kaedah penyusunan. Kaedah ini dibuat dengan cara menyusun blok warna dalam sebaris dan pesakit diminta mengikut penyusunan tersebut. Ini akan menjadi sukar untuk dibuat kerana mereka tidak dapat mengenal pasti sesetengah warna dengan betul. Kedua-dua ujian ini amatlah mudah dan sering digunakan untuk mengesan pesakit-pesakit buta warna.

APAKAH RISIKO BUTA WARNA

Mereka yang mempunyai buta warna tidak boleh membuat sesetengah perkara seperti orang lain. Contohnya, tidak boleh menjadi juruterbang. 

Selain itu, inidvidu tersebut juga tidak boleh mengambil lesen memandu. Hal ini kerana lampu isyarat berwarna merah, hijau dan kuning dan sekiranya mereka tidak boleh melihatnya, ianya akan mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, seseorang itu juga perlu memahami risiko penyakit buta warna ini. Penyakit ini tidak dapat dirawati sekiranya diwarisi dari ibu bapa

MENGAPAKAH HANYA LELAKI LEBIH MUDAH MENDAPAT PENYAKIT BUTA WARNA

Penyakit buta warna diwarisi melalui kromosom X. Oleh sebab golongan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, ianya lagi mudah untuk terjejas. Apabila ibu mempunyai pigment buta warna pada kromosom mereka, ia tidak bermaksud ibu tersebut akan dapat penyakit itu. Ia akan diturunkan kepada anak lelaki mereka. Ibu mereka dikatakan hanya pembawa buta warna. Ianya sangat luar biasa untuk seorang wanita mendapat penyakit buta warna ini.

BOLEHKAH PENYAKIT BUTA WARNA INI DISEMBUHKAN

Penyakit buta warna sekiranya diwarisi sememangnya tidak dapat disembuh langsung. Sememangnya tiada rawatan untuk penyakit buta warna ini. Sekiranya, penyakit buta warna didapati melalui kemalangan atau cara lain, maka ianya boleh disembuh melalui pembedahan.

Kesimpulannya, buta warna merupakan sebuah penyakit yang umum dalam kalangan masyarakat kita. Seseorang itu haruslah tabahkan diri untuk menghadapi masalah ini dan jangan menganggap buta warna ini sebagai sebuah kekurangan.

RUJ :- https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penyakit-mata/penyakit-mata-lain/buta-warna

 




Melalui kaedah rawatan akupuntur antara titik  yang diberi adalah:- 

ST 1, ST 2, GB 44

Ruj :- Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”


#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

No comments: