Tuesday, March 26, 2024

ASTHMA MELALUI KAEDAH HOMEOPATHY

 


Apakah asma? Ia adalah penyakit paru-paru. Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.

Asma ialah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Dalam bahasa atau dialek lain, ia dikenali sebagai lelah, semput dan penat dalam bahasa Melayu, dan ‘Chei Har’ dalam bahasa Cina. Walau bagaimanapun, penggunaan terma-terma ini turut digunakan bagi menggambarkan masalah pernafasan yang lain.

Bagaimana sistem pernafasan anda berfungsi?

Sistem pernafasan membawa masuk udara yang kaya dengan oksigen dan membawa keluar karbon dioksida. Saluran udara dalam sistem pernafasan adalah seperti tiub panjang. Ia bermula dari lubang hidung, ke pharynx, larinks dan ke trakea (atau lebih dikenali sebagai paip angin) dan akhirnya ke saluran pernafasan kecil di kedua-dua belah paru-paru. Saluran pernafasan yang lebih kecil dikenali sebagai bronkiol. Pertukaran gas berlaku pada bronkiol.



Dinding bahagian dalam tiub dibarisi oleh lapisan mukosa yang mempunyai rambut halus dipanggil silia. Ia juga mempunyai lapisan otot licin.

Apakah asma?

Ia adalah penyakit paru-paru.

Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.

Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.

Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.

Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, lebih banyak mukus dihasilkan untuk bertindak sebagai palam mukus dan otot mengecut yang dikenali sebagai bronkospasma. Ini menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus menyebabkan kesukaran bernafas.



Siapakah yang mendapat asma?

Anda berisiko menghidap asma jika :

Seseorang dalam keluarga anda menghidap asma (keturunan).

Anda mempunyai jangkitan dada yang teruk semasa kecil.

Ahli keluarga anda mempunyai reaksi alahan atopi (yang bermakna anda boleh mewarisi tindak balas hiper-responsif kepada alahan).

Terdedah kepada perengsa secara berterusan

Bagaimana untuk mengetahui anda menghidap asma?

Anda mungkin menghidap asma bronkial jika :

Episod batuk yang berulang dengan berdehit.

Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.

Keturunan anda menghidap asma atau alahan.

Anda mengalami gejala ini jika anda terdedah kepada perengsa atau keadaan tertentu.

Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan. Doktor akan meminta anda menyatakan sejarah serangan asma secara terperinci. Sebagai contoh, doktor akan membantu anda mengenal pasti apa yang mencetuskan serangan dan corak serangan asma. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh terutamanya paru-paru. Kadang-kala anda mungkin perlu menjalani ujian sinaran x (x-ray) atau ujian pernafasan.

Apa yang anda alami semasa serangan asma?

Apabila diserang asma anda akan mengalami :

Batuk – Batuk adalah refleks biasa untuk membersihkan saluran yang tersumbat. Itulah sebabnya semasa serangan asma anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat batuk melainkan dinasihatkan oleh doktor anda.

Sukar bernafas atau sesak nafas – Saluran udara yang sempit menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas.

Pernafasan berbunyi atau berdehit kerana anda bernafas melalui saluran udara yang sempit dan banyak lendir.

Sesak dada.

Orang di sekeliling anda akan perasan anda bekerja keras untuk bernafas. Hidung anda kelihatan merah, otot leher akan kelihatan dan ruang di antara tulang rusuk akan ditarik kerana anda bernafas.

Serangan asma yang teruk menyebabkan anda sukar bercakap. Dalam keadaan ini, anda perlu segera dapatkan rawatan doktor.

Ruj :- http://www.myhealth.gov.my/asma-3/

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:-

 LYCOPODIUM, KALI PHOS, KALI BICH

Ruj :-  select you remedies



#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

 

No comments: