Wednesday, March 20, 2024

ANAEMIA MELALUI KAEDAH AKUPUNTUR

 



Pengenalan

Apakah Anemia?

Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi. Paras hemoglobin yang normal bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL.

Penyebab Anemia

Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).

Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.

Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan keadaan lain.

Kekurangan penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum tulang. Ini mungkin disebabkan oleh:

Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.

Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi yang melebihi kadar penyerapan zat besi.

Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.

Faktor Toksik : penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubat-ubatan.

Kekurangan hormone : paras hormon tiroid rendah.

Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum tulang.

Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.

Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan ubat tertentu. Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :

Anemia disebabkan kekurangan zat besi.

Talasemia.

Tanda-tanda dan gejala

Ramai orang dewasa tidak menyedari bahawa mereka menghidapi anemia. Tanda-tanda anemia termasuk :

Rasa letih sepanjang masa.

Pening.

Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.

Kulit pucat.

Kadar denyutan jantung yang pantas.

Kurang daya ingatan.

Hilang berat badan.

Komplikasi

Anemia yang teruk boleh menyebabkan :

Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi sangat lemah dan tidak mencukupi.

Mengalami masalah semasa mengandung seperti kelahiran pramatang dan kerencatan pertumbuhan janin di dalam kandungan.

Rawatan

Pemeriksaan paras hemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran untuk menentukan sama ada anda mengalami anemia atau tidak. Rawatan bergantung kepada punca anemia yang dihadapi :

Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.

Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang kaya dengan zat besi dan juga pil suplemen zat besi. Sila lihat Jadual 1 dan jadual 2 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tip lain bagi rawatan kekurangan zat besi :

Adalah disyorkan agar pil suplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Penyebab utama seperti infestasi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.

Ruj :- http://www.myhealth.gov.my/anaema-bagi-dewasa/


 Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat anaemia , antaranya adalah :-

LI 4, LI 11, SP 6

Ruj :- Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”


#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

No comments: