Apakah itu Bell’s
Palsy
Bell’s Palsy adalah
satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi
ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak.
Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat
saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak
akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.
Ia berlaku secara
tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10
dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun
kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit
pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s
palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.
Kelaziman
Seseorang itu boleh
mendapat Bell’s palsy bila-bila masa sahaja. Bagi sesetengah orang, tiada
tanda- tanda kelihatan pada waktu malam sebelum tidur tetapi selepas bangun
dari tidur, mereka akan mendapati sebahagian muka menjadi tidak berfungsi. Bagi
sesetengah orang pula, sebelum mereka mengalami kelemahan pada otot muka,
mereka akan merasa sakit di belakang telinga. Lain-lain komen pula adalah
kedengaran bunyi seolah-olah kuat beberapa hari yang luar biasa dan tidak
selesa sebelum berlakunya kelemahan. Dalam masa satu atau dua hari, kelemahan
ini akan meningkat. Kebanyakan orang mula pulih dalam beberapa minggu dan pulih
sepenuhnya dalam masa tiga bulan.
Bagi kebanyakan
orang fungsi saraf pulih secara beransur-ansur. Tanda-tanda akan mula beransur
pulih kira-kira 2-3 minggu, dan biasanya hilang dalam masa dua bulan. Dalam
beberapa kes, ia boleh mengambil masa sehingga dua belas bulan untuk pulih
sepenuhnya.
Dalam beberapa kes,
gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Beberapa kelemahan
boleh menjadi kekal selama-lamanya. Walau bagaimanapun, sedikit kelemahan
bahagian muka boleh didapati tetapi tidak begitu ketara. Secara
keseluruhannya, tiada yang tidak pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang
akan pulih dengan mempunyai sedikit kelemahan otot muka.
Tanda – tanda Bell’s
palsy
Kelemahan pada otot
muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah
dalam beberapa hari. Kelemahan otot ini berbeza dimana ada otot yang lemah
sedikit manakala ada otot yang terlalu lemah.
Di antara tanda –
tandanya adalah ;
Sebelah muka anda
akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang
berfungsi.
Tidak berupaya
untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit
dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
Anda tidak berupaya
menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan
mengalir keluar.
Anda tidak dapat
kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
Anda juga akan
bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
Sesetengah orang
tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan
dibelakang telinga untuk beberapa hari.
Anda juga akan
kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.
Deria rasa juga
akan terjejas.
Bagaimanakah Bell’s
Palsy dapat dikesan?
Tiada ujian yang
benar-benar dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai Bell’s Palsy. Doktor
akan berhati-hati melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap. Gejala tidak
boleh menutup kelopak mata anda dan lain-lain akan membantu doktor untuk
mengesahkan kondisi ini sebagai Bell’s Palsy. Doktor juga akan melakukan
pemeriksaan pendengaran dan stabiliti. Semua pemeriksaan membantu menjelaskan
diagnosis dan boleh membantu meramalkan tahap pemulihan anda.
Bagaimana rawatan
Fisioterapi dapat membantu?
Rawatan fisioterapi
adalah digalakkan. Ahli fisioterapi anda akan mengajar senaman muka yang akan
menguatkan otot di muka untuk meningkatkan kemahiran kordinasi. Rawatan
fisioterapi juga telah membantu dalam beberapa kes Bell’s Palsy.
Rawatan Fisioterapi
untuk Bell’s Palsy?
Senaman muka Bell’s
Palsy
Latihan akan
membantu untuk menguatkan otot tertentu pada muka dan perlu dilakukan 4-5 kali
sehari di depan cermin atau mengikut nasihat fisioterapi anda. Cermin itu juga
akan membantu anda mengelakkan otot muka yang tidak lemah menguasai sebelah
otot muka yang lemah. Senaman muka yang dilakukan untuk melatih otot supaya
informasi diberikan kepada otot-otot muka untuk bergerak. Ini akan membantu
anda beralih kembali menggunakan otot muka anda dan pulih daripada Bell’s
Palsy.
Senaman muka
untuk Bell’s Palsy melibatkan beberapa otot muka yang berlainan.
Yang perlu dibuat
Senaman muka boleh
dibuat di rumah.
Anda haruslah sabar
dan menguatkan otot muka secara beransur-ansur.
Senaman perlu
dilakukan tidak kurang daripada tiga kali
Kekerapan dan
ulangan senaman ini haruslah dilakukan secara beransur-ansur mengikut
perkembangan otot muka anda.
Tumpukan perhatian
anda semasa bersenam – fokus pada pergerakkan otot muka yang tidak lemah dan
cuba praktiskan pada otot muka yang lemah dengan perlahan lahan.
Senaman harus
dilakukan dalam tempoh yang sikit tetapi kekerapan nya perlulah meningkat.
Kuantiti tidak penting manakala kualiti pergerakkan adalah penting. Oleh itu,
jangan lakukan senaman apabila anda letih. Adalah bagus membuat latihan senaman
muka beberapa kali dengan betul daripada melakukan banyak senaman otot muka
yang salah.
Yang tidak patut
dibuat
Jangan terlalu
risau ataupun jangan memenatkan dirinya semasa membuat senaman ini.
Jangan paksa dengan
membuat senaman ini dimana kedua dua belah otot muka akan berada dalam keadaan
tegang. Sekiranya, anda dapati otot muka tegang, rehatlah seketika.
Stimulasi elektrik
Satu lagi rawatan
Fisioterapi adalah stimulasi elektrik. Tidak seperti senaman muka yang anda
boleh buat di rumah, stimulasi elektrik ini perlu dibuat dengan Fisioterapi.
Stimulasi elektrik
menggunakan sedikit elektrik untuk merangsang otot muka yang lemah. Ini akan
membantu menghantar ransangan kepada otot. Sewaktu Bell’s Palsy otot muka anda
akan berada dalam keadaan lemah dan pada ketika ini stimulasi elektrik adalah sangat
penting dalam meransang pergerakkan otot muka.
Urutan
Urutan muka boleh
dilakukan sebagai salah satu rawatan yang lain.Antara teknik urutan adalah
seperti ;
Effleurage
Finger or thumb
kneading
Hacking
Tapping
Stroking
Selain daripada
itu, antara rawatan yang lain adalah :
Rawatan haba untuk
mengurangkan sakit pada kawasan otot muka yang lemah.
Minum menggunakan
straw.
Makan disebelah
muka yang rasa selesa.
Langkah
berjaga-jaga
Yang paling penting
adalah untuk memastikan mata dalam keadaan yang lembab. Pada waktu malam,
letakkan satu pad atau tuala putih untuk menutup bahagian mata yang tidak tutup
sepenuhnya. Pada waktu siang pula, bolehlah memakai kaca mata yang sesuai
supaya tidak terkena habuk dan kotoran.
Untuk makan pula,
pastikan makanan dibawa ke sebelah mulut yang selesa supaya makanan tidak
keluar dari mulut.
Ruj :- http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-untuk-bells-palsy/
Melalui kaedah rawatan akupuntur antara titik yang diberi adalah:-
GB 14, ST 2, ST 3, ST 5, SI 18, EX 5
Ruj :- Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese
Medicine”
Melalui keadah perubatan homeopathy antara
remedy yang diberi adalah :-
GELSEMIUM, SULPHUR , RHUS TOX, ARNICA, CAUSTICUM
Ruj :- select you remedies
No comments:
New comments are not allowed.