Katarak
Katarak ialah suatu
keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan
seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat
daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau
pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang
boleh dipulihkan.
Katarak perlu
dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit
seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak,
penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada
mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.
Gejala yang biasa
dialami oleh pesakit katarak termasuk :
Kabur penglihatan
tanpa rasa sakit
Silau (lampu
kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang).
Kerap menukar
preskripsi cermin mata.
Penglihatan
berganda pada sebelah mata.
Rabun ayam (malam)
Warna kelihatan
pudar
Komplikasi
Seperti yang telah
dinyatakan di atas, katarak yang belum matang hanya perlu dibedah sekiranya ia
mengganggu aktiviti harian. Walaubagaimanapun, katarak yang sudah matang perlu
dibedah secepat mungkin sebelum terjadinya komplikasi-komplikasi seperti glaukoma
atau radang mata yang berlaku akibat katarak yang terlalu matang Keadaan ini
boleh menyebabkan kebutaan kekal (tidak boleh dipulihkan).
Rawatan
Sekiranya sedikit
sahaja penglihatan terjejas, pembedahan tidak perlu dilakukan. Dengan hanya
menukar preskripsi cermin mata dapat membantu pesakit melihat dengan lebih baik
untuk sementara waktu. Sesungguhnya, tiada ubat-ubatan, ubat titis mata,
senaman atau cermin mata yang boleh mengubati katarak. Hanya pembedahan sahaja
yang boleh merawat katarak.
Semasa pembedahan
katarak, kanta mata yang berselaput dikeluarkan dari mata . Dalam kebanyakan
kes, kanta yang asli ini akan digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL)
yang kekal
Pencegahan
Kebanyakan katarak
terjadi disebabkan faktor umur. Walaubagaimanapun, katarak juga boleh
disebabkan oleh:
Faktor kongenital,
Penyakit seperti
diabetes,
Faktor persekitaran
seperti kecederaan mata,
Pengambilan
ubat-ubatan seperti Prednisolone (steroid) atau
Kekurangan zat
makanan.
Sehingga kini,
tiada lagi kaedah yang diketahui untuk mencegah dari berlakunya katarak.
Walaubagaimana pun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.
LANGKAH-LANGKAH yang
mungkin dapat menghindar atau melewatkan kejadian katarak.
Pemakanan yang
seimbang
Senaman yang
berkala (boleh menurunkan tahap gula dalam darah)
Diabetes yang
terkawal
BERHATI-HATI dan
amati isi kandungan, jika menggunakan ubatan tradisional yang mungkin
mengandungi STEROID.
Lindungi mata anda
dengan penggunaan kacamata hitam yang mempunyai perlindung UV.
Lindungi mata anda
dengan alat pelindung mata bila melakukan aktiviti bahaya (memaku, membawa
bahan kimia dan lain-lain)
Pemakanan yang
seimbang terutamanya, bahan anti oksida mungkin berupaya mencegah katarak.
Disamping itu, perlindungan daripada cahaya ultra ungu dengan menggunakan
cermin mata gelap yang disalut lapisan anti ultraungu mungkin boleh membantu.
MELALUI KAEDAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANYA DIBERIKAN UNTUK MERAWAT CATARACT, ANTARANYA ADALAH :-
ST 1, ST 2, SI 18
Ruj :- Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama
No comments:
New comments are not allowed.