Bronkitis
Apakah itu penyakit
bronkitis?
Penyakit bronchitis
atau bronkitis merupakan keradangan yang berlaku pada lapisan bronkus, berpunca
daripada jangkitan.
Bronchi merupakan
saluran yang membolehkan udara masuk dan keluar daripada paru-paru anda.
Bagi individu yang
mempunyai keradangan ini akan mengalami
batuk dengan lendir yang tebal dan boleh berubah warna.
Ia terbahagi kepada
dua jenis, iaitu:
Bronkitis akut –
Merupakan jangkitan jangka masa pendek yang menyebabkan saluran pernafasan
dalam paru-paru membengkak dan dipenuhi dengan lendir
Bronkitis kronik – Merupakan keadaan kerengsaan berterusan pada tiub bronkial. Selalunya berlaku disebabkan tabiat merokok dan boleh berlanjutan berbulan-bulan sehingga bertahun-tahun. Keadaan bronkitis kronik adalah lebih teruk berbanding akut
Apakah
kebarangkalian penyakit bronchitis?
Masalah keradangan
ini merupakan satu keadaan yang sangat biasa untuk berlaku. Ia boleh dialami
oleh individu daripada sebarang peringkat usia. Tetapi ia boleh dikurangkan
dengan mengawal faktor penyebabnya.
Anda disarankan
untuk mendapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor bagi memperolehi
maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan ini.
Simptom
Apakah
simptom-simptom penyakit bronkitis?
Simptom yang biasa
berlaku kepada individu dengan keadaan ini adalah seperti:
Batuk yang
berterusan
Keluar lendir, dan
mungkin bercampur darah
Sesak nafas
Sakit dada
Jika anda mempunyai
bronkitis akut, anda mungkin akan mengalami batuk selama beberapa minggu.
Tetapi sekiranya
anda mengalami bronkitis kronik, anda mungkin akan berdepan dengan masalah
batuk untuk beberapa tempoh sebelum ia menjadi lebih teruk.
Sepanjang tempoh
masa tersebut, anda mungkin akan mempunyai simptom dan gejala seperti bronkitis
akut.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai masalah kesihatan ini, sila dapatkan rawatan dan pemeriksaan daripada doktor.
Punca
Apa yang
mengakibatkan penyakit bronkitis?
Bronkitis akut
biasanya berlaku disebabkan jangkitan virus.
Virus-virus ini adalah sama jenisnya dengan virus penyebab selesema
dan flu.
Penyebab jenis
kronik yang paling utama adalah merokok. Walau bagaimanapun, pencemaran
udara, habuk dan gas toksik yang berada di sekeliling atau di tempat kerja
juga boleh memburukkan lagi keadaan ini.
Faktor risiko
Apakah yang
meningkatkan saya kepada risiko penyakit bronchitis?
Terdapat banyak
faktor yang cenderung meningkatkan lagi risiko mendapat masalah ini, seperti:
Anda merupakan
perokok tegar. Tabiat ini boleh meningkatkan risiko untuk mengalaminya
Rintangan rendah.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah penyakit akut lain seperti selesema
atau daripada keadaan kronik yang menjejaskan sistem imun anda
Usia. Individu
lebih berusia, bayi dan kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang lebih besar
untuk mengalami jangkitan ini
Anda bekerja dalam
persekitaran yang memberikan kerengsaan kepada paru-paru seperti dalam industri
tekstil atau pendedahan kepada asap kimia
Refluks gastrik.
Masalah pedih ulu hati secara berulang kali boleh menyebabkan kerengsaan pada
tekak. Keadaan ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalaminya
Diagnosis &
rawatan
Maklumat yang
diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding
dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana penyakit
bronkitis didiagnosis?
Selepas mengetahui
mengenai simptom yang dialami, doktor anda akan menggunakan stetoskop untuk
memeriksa paru-paru anda semasa bernafas. Ujian lanjut juga akan disarankan,
seperti:
X-ray pada
bahagian dada dapat membantu menunjukkan mengapa anda mengalami simptom yang
dinyatakan
Ujian sputum.
Sputum merupakan lendir yang keluar daripada paru-paru ketika batuk. Ujian ini
akan dapat menentukan sama anda anda dijangkiti virus atau tidak
Ujian fungsi
paru-paru turut akan dilakukan untuk mengukur jumlah udara di dalam paru-paru
yang boleh anda tahan dan berapa lama masa diperlukan untuk mengeluarkan udara
daripada paru-paru. Selain itu, ujian ini juga boleh menyemak tanda-tanda asma atau
emfisema
Bagaimana penyakit
bronkitis dirawat?
Jika anda mempunyai
masalah bronkitis akut, doktor akan memberikan preskripsi beberapa jenis ubat
yang akan dapat membantu mengurangkan gejala anda. Antara ubat biasa diberikan
adalah termasuk:
Antibiotik. Ubat
ini tidak berfungsi dengan baik pada bronkitis, tetapi doktor memberikannya
untuk mencegah risiko jangkitan bakteria jika
tahap rintangan anda adalah rendah
Ubat batuk. Batuk
secara berlebihan boleh mencederakan tekak dan bronkus anda. Jika batuk yang
dialami menyukarkan anda untuk tidur,
maka anda perlu mengambil ubat batuk
Ubat lain. Jika
anda mempunyai alahan,
asma atau penyakit paru obstruktif kronik (COPD), doktor mungkin akan
menyarankan anda untuk mengambil inhaler atau
ubatan lain yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan membuka laluan
udara sempit di dalam paru-paru
Jika anda mempunyai
bronkitis akut, adalah penting untuk anda menjalani proses pemulihan.
Terapi ini akan
menyediakan program latihan pernafasan yang mengajar anda untuk bernafas dengan
lebih mudah dan meningkatkan keupayaan anda untuk bersenam.
Pencegahan
Apakah perubahan
gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani
bronkitis?
Gaya hidup dan
rawatan rumah berikut mungkin akan dapat membantu anda mengurangkan risiko
mengalami penyakit bronchitis, iaitu:
Berhenti merokok
Pakai topeng muka
jika anda terdedah kepada persekitaran yang tercemar, khususnya apabila anda
keluar atau membersihkan rumah
Gunakan pelembap
udara (humidifier). Udara yang hangat, lembap dapat membantu melegakan
batuk dan mengurangkan lendir pada saluran pernafasan
Sekiranya anda
mempunyai sebarang persoalan, pastikan anda mendapatkan rundingan dengan doktor
untuk memahami dengan lebih baik masalah kesihatan yang anda hadapi.
Ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik.
RUJ :- https://hellodoktor.com/penyakit-batuk-saluran-pernafasan/bronkitis/bronkitis/
Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang
diberikan adalah :-
ACONITE, BRYONIA, BELLADONNA, KALI BICH, CARBO VEG
RUJ :- Select your
remedy.
No comments:
New comments are not allowed.