Tuesday, April 2, 2024

DARAH RENDAH DENGAN KAEDAH HOMEOPATI

 


 

Apa itu tekanan darah rendah?

Tekanan darah rendah atau hipotensi boleh berlaku kerana jumlah darah yang mengalir ke organ utama seperti otak dan buah pinggang agak perlahan dengan tekanan di bawah 90/60.

Secara umumnya, bacaan tekanan darah rendah berubah bergantung kepada situasi. Ia mungkin rendah apabila anda tidur dan menjadi tinggi semasa anda bangun.

Kebiasaannya ia boleh berubah apabila anda berada dalam keadaan teruja, takut atau aktif.

Sesetengah individu mengalami hipotensi sepanjang masa. Mereka tidak mengalami sebarang simptom, dan tekanan darah rendah adalah normal bagi mereka.

Bagi individu lain pula, terdapat beberapa keadaan atau faktor yang menyebabkan punca tekanan darah rendah atau jatuh di bawah paras normal, sehingga mendatangkan simptom seperti pening, pengsan atau keadaan yang lebih teruk dipanggil ‘shock’.

Jenis-jenis dan punca tekanan darah rendah

Sebelum ketahui punca tekanan darah rendah, ini tiga jenis yang utama anda perlu kenali:

Hipotensi ‘orthostatic’ – Berlaku apabila anda berubah posisi, bangun daripada tidur atau duduk. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pengsan. Ia terjadi kerana tubuh tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat. Ia berlaku untuk tempoh yang sekejap.

Tekanan darah rendah ‘neurally mediated’ (NMH) – Keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik. Contohnya, ketika anda berdiri untuk jangka masa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki anda. Hal ini menyebabkan tekanan darah menurun. Dalam NMH, badan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi, sebagai tindak balas, otak melambatkan kadar dengupan jantung. Ini akan menyebabkan penurunan tekanan darah secara berlebihan, menyebabkan pening kepala dan rasa hendak pitam.

Hipotensi teruk berkaitan dengan ‘Shock’ – ‘Shock’ adalah suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak dapat bekalan darah yang cukup.

Apa pula punca tekanan darah rendah?

Setiap kes mempunyai punca tekanan darah rendah yang berbeza:

Punca tekanan darah rendah hipotensi ortostatik

Terdapat beberapa sebab kenapa bacaan tekanan darah rendah berlaku:

Nyahhidrasi – Ia berlaku apabila badan kehilangan air lebih daripada yang sepatutnya seperti peluh berlebihan semasa aktiviti fizikal, demam, muntah dan cirit-birit.

Keadaan panas atau tidak bergerak untuk tempoh yang agak lama.

Ubat-ubatan – Sesetengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko untuk hipotensi ortostatik. Ubat-ubatan ini termasuk:

Ubat merawat tekanan darah tinggi dan penyakit:

Diuretics atau ubat kencing.

Calcium channel blockers.

Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors.

Angiotensin II receptor blockers.

Nitrates.

Beta blockers.

Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti kebimbangan, kemurungan, mati pucuk dan gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson).

4. Bahan-bahan lain –  Alkohol, barbiturat dan beberapa jenis ubat yang dibeli sendiri sekiranya diambil dengan ubat tekanan darah tinggi.

5. Hipotensi selepas makan (posprandial hypotension) – Berlaku selepas makan.

Hipotensi ‘Neurally Mediated’ (NMH)

NMH biasanya berlaku dalam keadaan berikut:

Berdiri untuk masa yang lama.

Kesakitan atau ketakutan yang amat sangat.

Hipotensi teruk berkaitan dengan ‘Shock’

Merupakan satu keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan tekanan darah rendah segera. Ia terdiri daripada:

Punca tekanan darah rendah ‘Septic Shock’

Berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan memberi kesan tekanan darah rendah.

Penyebab bacaan tekanan darah rendah ‘Hypovolemic Shock’

Kehilangan darah atau cecair dari badan boleh berlaku akibat daripada:

Pendarahan luaran yang teruk, contoh luka parah atau cedera

Pendarahan dalaman yang teruk, contoh pembuluh darah pecah

Kehilangan cecair badan daripada luka terbakar teruk

Keradangan kelenjar pankreas yang teruk, contoh organ hasilkan enzim dan hormon seperti insulin

Cirit-birit yang teruk

Penyakit buah pinggang yang teruk

Sering menggunakan diuretik

Punca tekanan darah rendah ‘Cardiogenic Shock’

Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh serangan jantung, embolisme pulmonari atau aritmia (degupan jantung yang tidak teratur).

Penyebab bacaan tekanan darah rendah Vasodilatory Shock

Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (vasodilatation) sehingga menurunkan tekanan darah. Hal ini terjadi kerana:

Kecederaan kepala yang teruk

Tindak balas ubat-ubatan tertentu

Kegagalan hati

Keracunan

Reaksi alergi yang teruk (dipanggil anafilaktik shock)

 

RUJ :- https://hellodoktor.com/penyakit-jantung/isu-lain/tekanan-darah-rendah-dan-jenisnya/

 


Melalui keadah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah :-

lycopodium, natrum mur, gelsemium

Ruj :- select you remedies



#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

No comments: