Sakit Tulang
Ramai remaja
mengalami sakit tulang terutama sakit pada anggota badan. Kadang-kadang
kesakitan dialami dalam tempoh yang singkat dan adakalanya berlanjutan selama
beberapa bulan. Sesetengah rasa sakit mungkin berpunca dari tulang, otot, sendi
atau tisu-tisu lain dalam sendi.
Pengenalan
Ramai remaja
mengalami sakit tulang terutama sakit pada anggota badan. Kadang-kadang
kesakitan dialami dalam tempoh yang singkat dan adakalanya berlanjutan selama
beberapa bulan.
Sesetengah rasa
sakit mungkin berpunca dari tulang, otot, sendi atau tisu-tisu lain dalam
sendi.
Penyebab sakit
tulang
Penyebab sakit
tulang kebanyakannya tidak serius. Walau bagaimanapun, remaja perlu berjumpa
doktor untuk tujuan pengesahan. Setelah penyakit disahkan bukan penyakit yang
serius, remaja dan ibu bapa perlu diyakinkan agar tidak berasa bimbang. Nasihat
doktor tentang sakit yang dialami adalah normal dan tidak berbahaya, boleh
mengurangkan rasa bimbang dan cemas.
“Sakit kerana
hendak membesar”
Pertumbuhan
merupakan penyebab utama remaja mengalami sakit tulang. Keadaan ini berlaku di
kalangan remaja yang berumur antara 12 hingga 17 tahun. Remaja mengalami rasa
sakit tahap ringan hingga sederhana (kadang-kadang rasa teramat sakit) di
bahagian betis, tulang kering, lutut atau paha.
Sakit tulang tidak
terhad di satu tempat atau bahagian sahaja tetapi memberi kesan pada seluruh
kaki. Sakit tulang menjadi bertambah teruk pada waktu malam dan boleh
berlanjutan selama 10 hingga 15 minit. Namun, jarang sekali rasa sakit ini
menyukarkan remaja untuk berjalan, berlari atau menyertai sebarang acara sukan.
Sakit tulang
biasanya tidak disertai dengan demam, kemerahan pada kulit, atau bengkak.
Malah, kaki dan anggota yang lain yang rasa sakit kelihatan normal. Sakit
tulang boleh berlanjutan selama beberapa minggu atau bulan, tetapi jarang
menjadi kronik. Sama seperti kemunculannya yang penuh misteri, rasa sakit akan
hilang dengan sendirinya.
Sebelum ini, ramai
orang menyangka sakit tulang disebabkan oleh pertumbuhan pesat dan beberapa
kekurangan nutrien dalam tubuh. Sakit tulang juga diperhatikan berlaku dalam
kalangan remaja yang lebih tinggi. Namun kajian menunjukkan tiada sebarang
hubung kait antara sakit tulang dan pertumbuhan.
Sesetengah pakar
mengesyaki “sakit kerana hendak membesar” berlaku akibat kecederaan otot,
ketegangan atau bahkan koyak kecil yang berlaku semasa remaja melakukan
aktiviti. Jika benar kecederaan adalah disebabkan oleh “sakit kerana hendak
membesar”, sering kali kecederaan tersebut tidak dapat dikenalpasti.
Trauma (Cedera)
Kecederaan yang
sering dialami remaja adalah teregang, terseliuh serta kecederaan ringan yang
lain. Remaja biasanya sangat aktif dan cenderung mendapat kecederaan.
Osteokondrosis
Penyakit ini
biasanya dialami oleh individu yang mempunyai rangka yang tidak matang.
Osteokondrosis berpunca dari pertumbuhan yang tidak normal, kecederaan atau
penggunaan plat pertumbuhan dan sekitar pusat osifikasi secara berlebihan.
Secara keseluruhannya, penyakit ini berlaku di kalangan remaja lelaki dan
gejala penyakit muncul antara umur 10 hingga 14 tahun.
Osteosarkoma
Penyakit ini adalah
sejenis kanser tulang yang paling kerap berlaku. Penyakit ini kadang-kadang
muncul semasa proses pertumbuhan remaja dan cenderung berlaku di kalangan
remaja yang mempunyai ketinggian yang luar biasa.
Gejala umum
penyakit osteosarkoma adalah sakit dan bengkak pada tangan atau kaki dan
kadangkala disertai dengan benjolan. Sesetengah remaja mengalami kesakitan pada
sebelah malam atau ketika bersenam.
Penyebab sakit
tulang yang lain
Artritis reumatoid, patah
tulang, jangkitan tulang dan sendi serta leukemia adalah beberapa penyebab
sakit tulang yang lain. Penyakit ini menunjukkan gejala lain seperti rasa sakit
sepanjang hari, kesukaran berjalan, demam, bengkak, hilang selera makan,
keletihan, ruam atau tingkah laku luar biasa. Gejala ini tidak berlaku jika
sakit tulang disebabkan oleh “sakit kerana hendak membesar” dan pemeriksaan
kesihatan perlu segera dilakukan.
Saringan gejala
penyakit, sejarah kesihatan, pemeriksaan terperinci, serta ujian ringkas
biasanya dapat membantu mengenal pasti penyebab sakit tulang.
Apa yang perlu
dilakukan?
Berjumpa doktor
untuk memastikan kesakitan bukan disebabkan oleh penyakit yang serius.
Bahagian yang
mengalami rasa sakit, jenis dan pola kesakitan serta kemunculan gejala-gejala
lain boleh membantu untuk menentukan penyebab rasa sakit tulang.
Apa yang doktor
akan lakukan?
Doktor akan
bertanya tentang sejarah perubatan remaja dan melakukan pemeriksaan fizikal.
Kadang-kadang, ujian diagnostik turut dilaksanakan termasuk beberapa ujian
darah, x-ray, imbasan CT atau pengimejan resonans magnetik (MRI).
Rawatan
Rawatan bergantung
kepada penyebab sakit tulang.
Jika terdapat
beberapa jangkitan sendi atau tulang, doktor akan memberi preskripsi
antibiotik. Antibiotik biasanya perlu diambil dalam tempoh masa yang panjang.
Jika patah tulang,
sendi mungkin tidak boleh bergerak dan ubat penahan sakit akan dibekalkan.
Rawatan susulan perlu diberikan.
Doktor akan memberi
preskripsi ubat penahan sakit jika punca penyakit tidak dapat dikesan.
Elakkan mengambil
ubat tanpa mendapatkan nasihat doktor.
Jika penyebab sakit
tulang masih belum ditemui, kaedah urutan, tuaman sejuk atau panas boleh
membantu melegakan kesakitan.
RUJ :- http://www.myhealth.gov.my/sakit-tulang/
Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang
diberikan adalah :-
Rujukan :- Select your remedy
No comments:
New comments are not allowed.