Anda Mempunyai gejala seperti berikut :-
1. Mengalami mata merah?
2. Discaj atau pengeluaran cecair atau lendir dari mata?
3. Rasa berpasir?
4. Kadangkala ada rasa gatal?
5. Sensitif terhadap cahaya (fotofobia)?
Pusat Homeopathy dan Akupuntur(PHA) diasaskan oleh Nik Fairuz Nik Omar Pada 23 March 2009. PHA adalah rankaian Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur Nik Omar. Nik Fairuz adalah anak kepada arwah Prof Dr Nik Omar seorang pakar perubatan Homeopathy & akupuntur yang sangat dikenali ramai.
Anda Mempunyai gejala seperti berikut :-
1. Mengalami mata merah?
2. Discaj atau pengeluaran cecair atau lendir dari mata?
3. Rasa berpasir?
4. Kadangkala ada rasa gatal?
5. Sensitif terhadap cahaya (fotofobia)?
Konjunktivitis
Pengenalan
Konjunktivitis
adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih
mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria
dan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan dan tindakbalas mata
terhadap sesetengah jenis ubat mata.
& gejala
Gejala-gejala
konjunktivitis termasuklah
mata merah,
discaj atau
pengeluaran cecair atau lendir dari mata,
Rasa berpasir
Kadangkala gatal
(terutama konjunktivitis alahan)
sensitif terhadap
cahaya (fotofobia)
Ianya boleh terjadi
pada sebelah mata atau kedua-duanya.
Komplikasi
Sesetengah
konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda
mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di
samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang
lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera
berjumpa pakar oftalmologi.
Rawatan
Rawatan adalah
berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya
gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat
melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali
sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria
disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara
konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat
titis “mast cell stabilizer“.
Pencegahan
Konjunktivitis
boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara
langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek.
Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan
pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh
menyebabkan konjunktivitis
Maka, langkah
pencegahan bagi megelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk
dipraktikkan. Antaranya adalah:
Basuh tangan dengan
sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata.
Elakkan sebarang
sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis.
Jangan benarkan
orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat
kosmetik.
Jangan gunasama
ubat titisan atau salap mata
Buangkan ubat
titisan dan salap mata yang berlebihan sekiranya konjunktivitis telah pulih
Sekiranya anda
pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu.
Mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, dinasihatkan agar tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain
Melalui kaedah
rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat conjunctivitis
antaranya adalah:-
ST 1, ST 2, DU 20
ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama
Anda Mempunyai gejala seperti berikut :-
1. Menggeserkan gigi?
2. Sendawa yang tidak sengaja?
3. Air liur meleleh atau meludah?
4. Menggigit bibir dan lidah?
5. Kesukaran pertuturan atau berkomunikasi?
6. Bunyi-bunyi pendek, seperti mendengus, percakapan tak sengaja, atau ucapan yang tidak jelas?
7. Sering menjatuhkan atau menumpahkan sesuatu?
Tahu tak penyakit
radang usus sebenarnya turut beri kesan kepada kulit? Mesti tak sangka, kan?
Jom ketahui 13 masalah kulit yang boleh menjadi tanda radang usus.
Penyakit radang
usus punca masalah kulit
Penyakit radang
usus atau Inflammatory bowel disease (IBD) adalah keadaan penyakit yang
mempengaruhi saluran
usus melalui proses keradangan.
Pesakit yang
menderita IBD akan mempunyai penyakit lain yang turut menjejaskan fungsi sistem
organ lain.
Keadaan itu disebut
sebagai extraintestinal manifestation. Tahap kesakitannya adalah sama
seperti penyakit radang usus atau mungkin lebih teruk daripada itu.
Ulcerative colitis (UC)
adalah keadaan radang usus kronik yang menyerang usus besar. Di samping itu, ia
juga boleh menyebabkan masalah kulit, termasuklah ruam
yang menyakitkan.
13 masalah kulit
tanda radang usus
Umumnya, kulit
adalah salah satu sistem organ yang paling kerap dijangkiti oleh pesakit yang
menderita IBD. Di bawah, kami akan terangkan mengenai masalah kulit tanda
radang usus:
1. Erythema Nodosum
Nama itu membawa
maksud ‘lebam merah’. Nodul merah lembut ini biasanya muncul di atas tulang
keting atau pergelangan kaki. Adakalanya ia juga boleh berlaku pada bahagian
lengan.
Wanita dikatakan
lebih kerap menghidapi keadaan erythema nodosum ini berbanding lelaki.
Selalunya masalah kulit ini akan muncul bersama peningkatan radang usus.
Pun begitu, nodul
merah lembut pada kulit ini akan pulih jika keadaan radang usus terkawal.
2. Pyoderma
Gangrenosum
Keadaan kulit ini
dikenal pasti dengan nanah pada kulit yang kelihatan seperti luka yang
dalam.
Seperti erythema
nodosum, pyoderma gangrenosum kerap berlaku pada tulang keting atau pergelangan
kaki. Tetapi ia turut boleh terjadi pada lengan.
Masalah kulit ini
bermula sebagai lepuh kecil, luka itu akan menjadi lebih dalam dan membentuk
bisul yang teruk.
Luka yang dialami
boleh sembuh jika gejala
radang usus dapat diatasi. Penggunaan antibiotik, suntikan ubat ke bisul
atau salap topikal antara pilihan rawatan yang disarankan.
3. Enterocutaneous
Fistula tanda radang usus
Fistula adalah
terowong kecil yang menghubungkan 2 bahagian badan.
Enterocutaneous
fistula pula adalah saluran yang tidak normal daripada usus ke kulit –
selalunya melibatkan rektum ke faraj, pundi kencing atau punggung.
Ia juga mungkin
berlaku disebabkan komplikasi pembedahan. Keadaan kulit ini lebih kerap terjadi
pada pesakit
Crohn daripada UC – sejenis penyakit kronik keradangan usus berulang.
4. Skin Tag
Lebih kerap terjadi
kepada individu dengan penyakit Crohn.
Ia berkembang
sekitar pembengkakan buasir di dalam dan di sekitar dubur. Apabila bengkak
berkurang, kulit di sekeliling akan menebal dan membentuk kepingan kecil.
Kewujudan skin tag
boleh merengsakan kulit dan menyebabkan ketidakselesaan.
5. Anal Fissure
Merupakan luka
kecil sekitar lapisan saluran dubur. Anal fissure merupakan antara penyakit
kulit yang berlaku sebagai tanda radang usus.
Masalah kulit yang
dialami ini mungkin menyebabkan
kulit merekah dan berdarah. Kesannya akan mengakibatkan rasa sakit dan
gatal.
6. Aphthous
Stomatitis
Ulser mulut kecil ini sering
dijumpai pada bahagian antara gusi dan bibir bawah atau di sepanjang sisi atau
pangkal lidah.
Ia biasa terjadi
apabila penyakit radang usus menyerang dengan teruk dan akan mereda apabila
keadaan IBD terkawal.
Pengambilan ubat
kumur mungkin dapat membantu, selain amalan diet seimbang dan pengambilan
suplemen multivitamin.
7. Acrodermatitis
Enteropathica
Lebih kerap terjadi
kepada individu dengan penyakit Crohn.
Ia berkembang
sekitar pembengkakan buasir di dalam dan di sekitar dubur. Apabila bengkak
berkurang, kulit di sekeliling akan menebal dan membentuk kepingan kecil.
Kewujudan skin tag
boleh merengsakan kulit dan menyebabkan ketidakselesaan.
Dalam kes radang
usus kritikal ia boleh menyebabkan masalah kulit lain yang berkaitan dengan
kekurangan nutrisi pemakanan.
Contohnya, individu
yang alami cirit-birit teruk boleh kehilangan zink dalam najisnya. Kekurangan
zink boleh menyebabkan acrodermatitis enteropathica – kuping ruam yang muncul
pada wajah, tangan, kaki dan perineum.
Kekurangan vitamin
juga boleh mewujudkan masalah kulit seperti gusi
berdarah atau bengkak dan ruam mengelupas.
Umumnya, keadaan
ini jarang berlaku kerana pengetahuan tentang kepentingan pemakanan baik bagi
penghidap masalah radang usus.
8. Pyoderma Vegetan
Merupakan gangguan
kulit yang jarang berlaku dan dipercayai disebabkan
aktiviti sistem imun yang tidak normal.
Biasanya menyerang
individu dengan Ulcerative colitis dan muncul sebagai lepuh, plak atau tompokan
pada sekitar pangkal paha dan di bawah lengan.
Apabila sembuh, ia
akan meninggalkan kawasan kulit yang gelap.
9. Vasculitis tanda
radang usus
Juga dikatakan
sebagai masalah kulit yang jarang terjadi dan berpunca daripada aktiviti sistem
imun abnormal.
Membawa maksud
‘keradangan saluran darah’, vasculitis
dikenal pasti dengan bahagian yang kemerahan. Adakalanya masalah kulit ini
menjadi luka. Ia pulih apabila keadaan penyakit radang usus bertambah
baik.
10. Epidermolysis
Bullosa Acquista
Terjadi kepada individu
yang menderita penyakit Crohn selama bertahun-tahun. Ia adalah keadaan
kulit melepuh, muncul pada lutut, siku, tangan dan kaki.
Tanda radang usus
11: Vitiligo
Membuatkan kulit kehilangan warna secara tompokan. Ia kerap terjadi pada individu dengan IBD, mungkin disebabkan hubungan genetik atau berkaitan dengan sistem imun.
12. Psoriasis
Masalah kulit ini
akan menyebabkan kulit
menjadi kemerahan, kering, bersisik, gatal dan menyakitkan.
Penyelidik tidak
pasti kaitan IBD dengan psoriasis tetapi dikatakan pesakit Crohn 8x berisiko
mengalaminya.
13. Acne
Beberapa ubat yang
digunakan untuk merawat radang usus boleh menyebabkan masalah
kulit sebagai kesan sampingan.
Steroid boleh mengakibatkan jerawat teruk dan wajah bengkak.
https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/radang-usus/penyakit-radang-usus-kulit/
Korea (Chorea)
Perubahan
gaya hidup & rawatan sampingan
Definisi
Apa itu Korea
(Chorea)?
Korea (chorea)
adalah gangguan pergerakan yang menyebabkan badan bergerak secara tidak sengaja
dan tidak menentu. Ia disebabkan oleh lebihan aktiviti dopamin sebagai
neurotransmiter di kawasan otak yang mengawal pergerakan.
Simptom Korea boleh
terdiri daripada pergerakan kecil, seperti bermain-main benda di tangan,
hinggalah ke pergerakan lengan dan kaki yang tidak sengaja. Ia juga boleh
mengganggu pertuturan, menelan, postur, dan berjalan.
Apakah
kebarangkalian Korea (Chorea)?
Korea boleh
menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan
mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah
simptom-simptom Korea (Chorea)?
Simptom biasa bagi
Korea adalah “genggaman memerah susu’. Walau bagaimanapun, gejala Korea
biasanya bergantung kepada keadaan yang menyebabkannya. Orang dengan keadaan
ini tidak mempunyai otot tangan yang kuat dan akan menggenggam dan melepaskan
tangan mereka, seolah-olah memerah susu. Satu lagi simptom ialah menjelirkan
lidah dengan tidak sengaja.
Pergerakan Korea
boleh menjadi cepat atau perlahan. Seseorang mungkin kelihatan sakit dan tidak
mempunyai kawalan terhadap tubuh. Keadaan yang berkaitan dengan Korea dan
simptom-simptomnya termasuklah:
Penyakit
Huntington: Penyakit Huntington adalah penyakit yang diwarisi. Ia menyebabkan
penguraian sel saraf di dalam otak anda. Orang dengan penyakit Huntington boleh
mengalami simptom Korea seperti menyentap atau menggeliang-geliut dengan tidak
sengaja. Genggaman memerah susu juga merupakan simptom yang lazim. Korea adalah
lebih biasa pada orang-orang yang mempunyai penyakit Huntington dewasa. Dari
masa ke masa, simptom mungkin akan menjadi lebih teruk dan pergerakan boleh
menjejaskan kaki dan lengan.
Chorea-Acanthocytosis:
Keadaan ini adalah gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. Ia dicirikan
oleh sel darah merah yang tersalah bentuk. Ia akan menyebabkan keabnormalan
neurologi dan mempengaruhi fungsi otak. Korea untuk keadaan ini biasanya
melibatkan pergerakan lengan dan kaki yang tidak normal, mengangkat bahu, dan
tolakan pelvis. Ia juga boleh melibatkan pergerakan muka yang pantas dan tidak
bermakna. Orang yang mempunyai bentuk Korea ini juga boleh menunjukkan dystonia.
Ini dicirikan oleh pengecutan otot mulut dan muka yang di luar kawalan,
seperti:
Menggeserkan gigi.
Sendawa yang tidak sengaja.
Air liur meleleh atau meludah.
Menggigit bibir dan lidah.
Kesukaran pertuturan atau berkomunikasi.
Bunyi-bunyi pendek, seperti mendengus,
percakapan tak sengaja, atau ucapan yang tidak jelas.
Sydenham’s Chorea:
Keadaan ini selalunya mempengaruhi kanak-kanak dan remaja, dan susulan dari
jangkitan streptococcal. Ia juga mungkin hasil komplikasi dari demam reumatik.
Jenis Korea ini amat mempengaruhi wajah, lengan, dan tangan. Ia boleh
menghalang pergerakan voluntari, sehingga sukar untuk melakukan tugas-tugas
asas seperti berpakaian atau makan dengan sendiri. Ia juga boleh menyebabkan:
Sering menjatuhkan
atau menumpahkan sesuatu.
Cara berjalan yang
tidak normal.
Kelemahan otot.
Percakapan yang
tidak jelas.
Penyusutan otot.
Orang dengan jenis
Korea ini sering mempamerkan posisi tangan memerah susu. Satu lagi simptom
biasa dipanggil “lidah harlequin.’ Apabila seseorang yang mempunyai simptom ini
cuba menjelirkan lidahnya, ia akan bergerak masuk dan keluar secara berulang.
Mungkin terdapat
beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang
kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus
berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai
sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang
pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak
secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor
tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca
Apakah punca Korea
(Chorea)?
Korea dikaitkan
dengan beberapa sebab tambahan, ada yang sementara dan ada yang kronik.
Sebab-sebab ini termasuklah:
AIDS;
Keadaan genetik,
seperti penyakit Huntington.
Keadaan imun,
seperti lupus eritematosus sistemik (SLE).
Keadaan yang
berkaitan dengan jangkitan, seperti Korea Sydenham.
Ubatan, termasuk
levodopa dan neuroleptik.
Gangguan metabolik
atau endokrin, termasuk hipoglisemia.
Faktor-faktor
Risiko
Apakah yang
meningkatkan risiko saya kepada Korea (Chorea)?
Mereka yang
mempunyai demam reumatik lebih cenderung untuk mengalami Chorea. Faktor risiko
ini menjadikan wanita hamil lebih cenderung untuk mempunyai Chorea Gravidarum.
Faktor risiko lain
berkaitan dengan risiko penyakit tertentu. Sebagai contoh, penyakit Huntington
adalah penyakit keturunan yang boleh menyebabkan Korea. Seseorang yang
mempunyai ibu bapa yang mempunyai penyakit Huntington, mempunyai risiko 50
peratus untuk mewarisi penyakit tersebut, menurut Mayo Clinic.
Diagnosis dan
Rawatan
Maklumat yang
diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding
dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit
Korea (Chorea) didiagnosis?
Disebabkan banyak
keadaan yang boleh menyebabkan Korea, doktor anda perlu mengambil sejarah
perubatan yang menyeluruh untuk menentukan punca yang berpotensi. Untuk
mendiagnosis Korea, doktor anda mungkin bertanya:
Bilakah gejala ini
bermula?
Apa yang membuat
simptom menjadi lebih baik atau lebih teruk? Adakah
simptom Korea anda semakin teruk ketika anda tertekan?
Adakah anda
mempunyai sejarah keluarga Hipertiroid atau penyakit Huntington?
Apa ubat yang anda
ambil?
Sesetengah ujian
makmal boleh mengenal pasti Korea. Sebagai contoh, paras zat kuprum (copper)
yang rendah di dalam badan anda boleh menandakan penyakit Wilson, gangguan
genetik yang menyebabkan Korea. Ujian untuk sel darah yang berduri (spiky
erythrocyte) atau sel darah merah lain boleh mengenal pasti keadaan chorea-acanthocytosis.
Ujian darah untuk hormon paratiroid atau hormon tiroid boleh mengenal pasti
Korea berkaitan metabolik atau endokrin.
Untuk penyakit
Huntington, ujian pengimbasan, seperti imbasan MRI, boleh menunjukkan aktiviti
otak untuk menunjukkan penyakit ini.
Bagaimana pesakit
Korea (Chorea) dirawat?
Tidak ada rawatan
standard untuk Korea. Rawatan bergantung kepada jenis Korea dan penyakit yang
berkaitan. Rawatan untuk penyakit Huntington adalah bersifat sokongan,
sementara rawatan untuk Chorea Syndenham biasanya melibatkan ubat-ubatan
antibiotik untuk merawat jangkitan, diikuti dengan terapi ubat untuk mencegah
perulangan. Mengubahsuai dos ubat boleh merawat Korea yang disebabkan oleh
ubatan. Korea yang berkaitan dengan sebab metabolik dan endokrin dirawat
mengikut sebab-sebab gejala. Korea yang disebabkan oleh penyakit Parkinson
tidak dapat disembuhkan tetapi simptomnya dapat dikawal.
Ubat: Kebanyakan
ubat untuk Korea memberi kesan kepada dopamin. Dopamin adalah sejenis
neurotransmiter, atau bahan kimia otak, yang mengawal pergerakan, pemikiran,
dan rasa kepuasan di otak anda antaranya. Banyak gangguan pergerakan didapati
berkait dengan paras dopamin dalam badan. Gangguan ini termasuklah penyakit
Parkinson dan sindrom kaki gelisah. Sesetengah ubat menghalang reseptor dopamin
supaya badan anda tidak dapat menggunakan bahan kimia tersebut. Kebanyakannya
adalah ubat-ubatan antipsikotik yang didapati mengurangkan Korea. Ubat-ubatan
ini termasuklah:
Fluphenazine
(Prolixin).
Haloperidol
(Haldol).
Olanzapine
(Zyprexa);.Quetiapine (Seroquel).;
Risperidone
(Risperdal).
Terdapat ubat lain
yang mengurangkan jumlah dopamin di dalam otak, seperti reserpine dan
tetrabenazine (Xenazine). Ubat yang dikenali sebagai benzodiazepine, seperti
clonazepam (Klonopin), juga boleh membantu mengurangkan Korea. Ubat
antikonvulsan, yang mengurangkan pergerakan spontan, juga dapat mengurangkan
simptom Korea.
Pembedahan:
Rangsangan otak dalam (Deep Brain Stimulation) adalah pendekatan pembedahan
yang menunjukkan jaminan dalam rawatan terhadap Korea. Rawatan ini melibatkan
pemasangan elektrod di otak anda untuk mengawal impuls saraf. Sekiranya Korea
tidak bertindak balas terhadap ubat-ubatan, doktor anda boleh mengesyorkan
prosedur ini. Ia tidaklah menyembuhkan Korea tetapi boleh mengurangkan
simptomnya.
Perubahan gaya
hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan
gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Korea
(Chorea)?
Gaya hidup dan
kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi
Korea:
Korea berupaya
meningkatkan kemungkinan seseorang untuk jatuh. Langkah-langkah penjagaan rumah
termasuk memasang bahagian permukaan kesat di tangga dan di bilik mandi untuk
mencegah kecederaan. Sila berbincang dengan doktor anda tentang cara lain bagi
mengubah suai rumah anda untuk keselamatan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/saraf-lain/korea-chorea/
LEUKEMIA