Thursday, June 6, 2024

CARA PENYAKIT LEUKEMIA DIRAWAT MELALUI KAEDAH AKUPUNTUR & HOMEOPATHY

LEUKEMIA

Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan 
sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah 
putih dihasilkan secara semula jadi.

Apa itu Leukemia?
Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan 
sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah 
putih dihasilkan secara semula jadi.
Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. 
Sel-sel tidak matang dan terus membahagi dan membiak. Ia adalah 
sebahagian daripada kumpulan penyakit yang dikenali sebagai kanser 
hematologi atau” Hematological Malignancy”.
Perkataan Leukemia bererti sel darah putih yang tinggi.
Ianya diambil sempena nama penyakit itu.
Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih 
yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi 
dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah yang dijalankan. 
Walau bagaimanapun sel-sel darah ini tidak normal dan tidak dapat 
berfungsi untuk  mengawal jangkitan dalam badan. Kehadiran sel sel 
darah putih yang tinggi  akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan 
sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.

Apakah jenis-jenis Leukemia?
Leukemia boleh jadi akut (merebak dengan cepat) atau kronik 
(merebak perlahan). Pada kanak-kanak lebih kurang 95% adalah Leukemia Akut.
Leukemia limfosifik akut juga dikenali sebagai ALL 
(Acute Lymphoblastic Leukemia) adalah yang paling biasa 
terjadi pada kanak-kanak.
Leukemia Myelogenous akut atau AML (Acute Myeloid Leukemia) 
lebih banyak terjadi di kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak.
Leukemia Limfosifit kronik atau CLL (Chronic Lymphocytic Leukemia) 
paling sering menimpa orang dewasa yang berumur lebih 60 tahun. 
Ia kadang-kadang berlaku di kalangan orang dewasa yang lebih muda, 
tetapi ia hampir tidak pernah melibatkan kanak-kanak.
Leukemia myelogenous kronik CML (Chronic Myelogenous Leukemia) 
biasanya berlaku pada orang dewasa. Hanya segelintir kanak-kanak 
dikesan mengalami penyakit ini.
Leukemia akut adalah jenis barah paling biasa yang berlaku di 
kalangan kanak-kanak dan penyebab utama kematian di kalangan 
kanak-kanak. 1/3 dari kanak-kanak yang mengalami barah 
adalah dari jenis Leukemia.
Apakah tanda dan gejala penghidap Leukemia?
Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah 
putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat 
dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan 
pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal 
dan sel-sel darah merah.
Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku 
seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.
Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya 
yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap.
Ini adalah kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.
Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia.
Kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.
Lain-lain tanda dan gejala:
  • Lemah dan letih lesu.
  • Kurang selera makan dan kurang berat badan.
  • Bengkak dan gusi berdarah.
  • Sakit kepala.
  • Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa.
  • Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan.
  • Sakit sendi.
  • Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan 
  • dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat.
  • Ini menyebabkan muka mebengkak, kesukaran bernafas serta berdengkur.
Apakah penyebab dan faktor risiko Leukemia?
Tiada satu pun sebab yang diketahui untuk semua jenis Leukemia.
Kajian masih terus dijalankan untuk mengenal pasti punca 
utama Leukemia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor 
yang boleh mempengaruhi seseorang untuk mendapat Leukemia.
Terdapat hubungan di antara tempat tinggal yang berhampiran  dengan 
bekalan kuasa voltan tinggi dengan Leukemia, tetapi setakat ini  
tiada bukti  yang kukuh di perolehi.
Faktor-faktor persekitaranseperti  pancaran radiasi dan pendedahan 
kronik kepada bahan kimia toksik seperti benzene juga telah dikaitkan 
dengan risikio untuk mendapat leukaemia.
Jangkitan viral seperti virus Epstein barr.
Faktor genetik. Kanak-kanak Down syndrome mempunyai 15 kali 
kemungkinan atau risiko untuk mendapat Leukemia berbanding dengan 
kanak-kanak normal.
Kelemahan sistem imun badan – Kanak-kanak yang mengalami penyakit ini 
samada secara semulajadi atau “acquired’ mempunyai risiko yang tinggi 
mendapat barah limfa.
Sehingga punca atau penyebab leukaemia ditemui, tidak ada cara untuk 
mencegah atau mengelak dari mendapat penyakit ini.
Diagnosa Leukemia
Pemeriksaan fizikal dan sejarah latar belakang yang menyeluruh.
Doktor akan memeriksa kanak-kanak untuk menilai tahap kesihatannya 
dan mengesan tanda-tanda penyakit, seperti pucat, pendarahan,
pembengkakan hati dan limfa dan nodus limfa. Sejarah penyakit dan 
rawatan yang lalu juga diambil kira. Jika Leukemia disyak, doktor 
akan menjalankan ujian complete blood count ( CBC) bagi mengira 
jumlah sel darah putih, hemoglobin, hematokrit, dan jumlah platelet 
dari sampel darah.
Calitan darah akan dilakukan ke atas sampel yang sama untuk 
mengesan sel darah putih yang tidak normal atau ‘blast’.
Jika keputusan darah menunjukkan Leukemia, pengambilan sampel 
sum-sum tulang dan biopsi akan dilakukan untuk mengesahkan 
penyakit dan jenis Leukemia. Ini dilakukan dengan cara menyusuk 
jarum ke dalam tulang punggung leper untuk mendapatkan sampel 
darah dari sum-sum tulang dan cebisan tulang. Pakar hematologi 
akan menguji sampel darah dari sum-sum tulang untuk melihat 
kehadiran sel Leukemia. Ujian ini sangat penting untuk mengesahkan 
penyakit Leukemia.
Ujian  tambahan kemudian dijalankan ke atas sampel ini untuk 
menentukan jenis dan subjenis Leukemia. Analisis Citogenetik dan 
molekular juga dilakukan untuk mengesan apa-apa yang tidak normal 
dalam sel-sel leukemia. Ujian-ujian ini akan membantu doktor 
dalam merancang rawatan untuk kanak-kanak tersebut
Bagaimanakah menentukan tahap Leukemia?
Leukemia adalah penyakit sistemik. Berbeza dengan kanser 
organ-organ pepejal, tiada tahap keterukan dalam Penyakit Leukemia. 
Walau bagaimanapun, ujian-ujian lain perlu dilakukan untuk mencari 
setakat mana penyakit ini telah merebak. Ini termasuk:
  • Pengambilan cecair spinal (Lumbar Puncture).
  • Satuprosedur yang dilakukan untuk mengambil cecair tulang belakang untuk pemeriksaan mikroskop bagi melihat kehadiran sel-sel leukemia. Ini dilakukan dengan memasukkan jarum ke dalam ruang tulang belakang  . Prosedur ini juga dipanggil LP atau spinal tap.
  • X-ray dada : Untuk mengesan pembesaran nodus limfa di dada.
  • Biopsi modus limfa: Pengambilan tisu dari nodus limfa bagi mengesan  tanda-tanda kanser. Prosedur ini dilakukan hanya jika terdapat tanda tanda luar biasa pada nodus limfa semasa pemeriksaan fizikal.
Pesakit akan di bahagikan  ke dalam kumpulan mengikut  risiko. Ini adalah bagi membolehkan doktor merancang rawatan untuk mencapai hasil yang terbaik tetapi pada masa yang sama mengurangkan kesan toksik. Beberapa parameter  digunakan untuk menentukan kumpulan risiko. Ini termasuk umur pesakit, kiraan jumlah sel darah  putih pada masa penyakit dikesan, penglibatan sistem saraf pusat, tindak balas awal pada rawatan dan kehadiran kromosom tertentu seperti kromosom Philiadelphia.

Kumpulan risiko adalah seperti berikut:
  • Standard risk.
  • Moderate risk  atau sederhana.
  • Berisiko tinggi.
Rujukan :- http://www.myhealth.gov.my/leukemia


Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya diberikan untuk merawat sakit constipation/sembelit
antaranya adalah:-
H 7.,LU 7.,UB 40
ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”


Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-  
Arsenicum Alb,China,Ferrum Phos
Ruj : select you remedies

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

No comments: