Tahu tak penyakit
radang usus sebenarnya turut beri kesan kepada kulit? Mesti tak sangka, kan?
Jom ketahui 13 masalah kulit yang boleh menjadi tanda radang usus.
Penyakit radang
usus punca masalah kulit
Penyakit radang
usus atau Inflammatory bowel disease (IBD) adalah keadaan penyakit yang
mempengaruhi saluran
usus melalui proses keradangan.
Pesakit yang
menderita IBD akan mempunyai penyakit lain yang turut menjejaskan fungsi sistem
organ lain.
Keadaan itu disebut
sebagai extraintestinal manifestation. Tahap kesakitannya adalah sama
seperti penyakit radang usus atau mungkin lebih teruk daripada itu.
Ulcerative colitis (UC)
adalah keadaan radang usus kronik yang menyerang usus besar. Di samping itu, ia
juga boleh menyebabkan masalah kulit, termasuklah ruam
yang menyakitkan.
13 masalah kulit
tanda radang usus
Umumnya, kulit
adalah salah satu sistem organ yang paling kerap dijangkiti oleh pesakit yang
menderita IBD. Di bawah, kami akan terangkan mengenai masalah kulit tanda
radang usus:
1. Erythema Nodosum
Nama itu membawa
maksud ‘lebam merah’. Nodul merah lembut ini biasanya muncul di atas tulang
keting atau pergelangan kaki. Adakalanya ia juga boleh berlaku pada bahagian
lengan.
Wanita dikatakan
lebih kerap menghidapi keadaan erythema nodosum ini berbanding lelaki.
Selalunya masalah kulit ini akan muncul bersama peningkatan radang usus.
Pun begitu, nodul
merah lembut pada kulit ini akan pulih jika keadaan radang usus terkawal.
2. Pyoderma
Gangrenosum
Keadaan kulit ini
dikenal pasti dengan nanah pada kulit yang kelihatan seperti luka yang
dalam.
Seperti erythema
nodosum, pyoderma gangrenosum kerap berlaku pada tulang keting atau pergelangan
kaki. Tetapi ia turut boleh terjadi pada lengan.
Masalah kulit ini
bermula sebagai lepuh kecil, luka itu akan menjadi lebih dalam dan membentuk
bisul yang teruk.
Luka yang dialami
boleh sembuh jika gejala
radang usus dapat diatasi. Penggunaan antibiotik, suntikan ubat ke bisul
atau salap topikal antara pilihan rawatan yang disarankan.
3. Enterocutaneous
Fistula tanda radang usus
Fistula adalah
terowong kecil yang menghubungkan 2 bahagian badan.
Enterocutaneous
fistula pula adalah saluran yang tidak normal daripada usus ke kulit –
selalunya melibatkan rektum ke faraj, pundi kencing atau punggung.
Ia juga mungkin
berlaku disebabkan komplikasi pembedahan. Keadaan kulit ini lebih kerap terjadi
pada pesakit
Crohn daripada UC – sejenis penyakit kronik keradangan usus berulang.
4. Skin Tag
Lebih kerap terjadi
kepada individu dengan penyakit Crohn.
Ia berkembang
sekitar pembengkakan buasir di dalam dan di sekitar dubur. Apabila bengkak
berkurang, kulit di sekeliling akan menebal dan membentuk kepingan kecil.
Kewujudan skin tag
boleh merengsakan kulit dan menyebabkan ketidakselesaan.
5. Anal Fissure
Merupakan luka
kecil sekitar lapisan saluran dubur. Anal fissure merupakan antara penyakit
kulit yang berlaku sebagai tanda radang usus.
Masalah kulit yang
dialami ini mungkin menyebabkan
kulit merekah dan berdarah. Kesannya akan mengakibatkan rasa sakit dan
gatal.
6. Aphthous
Stomatitis
Ulser mulut kecil ini sering
dijumpai pada bahagian antara gusi dan bibir bawah atau di sepanjang sisi atau
pangkal lidah.
Ia biasa terjadi
apabila penyakit radang usus menyerang dengan teruk dan akan mereda apabila
keadaan IBD terkawal.
Pengambilan ubat
kumur mungkin dapat membantu, selain amalan diet seimbang dan pengambilan
suplemen multivitamin.
7. Acrodermatitis
Enteropathica
Lebih kerap terjadi
kepada individu dengan penyakit Crohn.
Ia berkembang
sekitar pembengkakan buasir di dalam dan di sekitar dubur. Apabila bengkak
berkurang, kulit di sekeliling akan menebal dan membentuk kepingan kecil.
Kewujudan skin tag
boleh merengsakan kulit dan menyebabkan ketidakselesaan.
Dalam kes radang
usus kritikal ia boleh menyebabkan masalah kulit lain yang berkaitan dengan
kekurangan nutrisi pemakanan.
Contohnya, individu
yang alami cirit-birit teruk boleh kehilangan zink dalam najisnya. Kekurangan
zink boleh menyebabkan acrodermatitis enteropathica – kuping ruam yang muncul
pada wajah, tangan, kaki dan perineum.
Kekurangan vitamin
juga boleh mewujudkan masalah kulit seperti gusi
berdarah atau bengkak dan ruam mengelupas.
Umumnya, keadaan
ini jarang berlaku kerana pengetahuan tentang kepentingan pemakanan baik bagi
penghidap masalah radang usus.
8. Pyoderma Vegetan
Merupakan gangguan
kulit yang jarang berlaku dan dipercayai disebabkan
aktiviti sistem imun yang tidak normal.
Biasanya menyerang
individu dengan Ulcerative colitis dan muncul sebagai lepuh, plak atau tompokan
pada sekitar pangkal paha dan di bawah lengan.
Apabila sembuh, ia
akan meninggalkan kawasan kulit yang gelap.
9. Vasculitis tanda
radang usus
Juga dikatakan
sebagai masalah kulit yang jarang terjadi dan berpunca daripada aktiviti sistem
imun abnormal.
Membawa maksud
‘keradangan saluran darah’, vasculitis
dikenal pasti dengan bahagian yang kemerahan. Adakalanya masalah kulit ini
menjadi luka. Ia pulih apabila keadaan penyakit radang usus bertambah
baik.
10. Epidermolysis
Bullosa Acquista
Terjadi kepada individu
yang menderita penyakit Crohn selama bertahun-tahun. Ia adalah keadaan
kulit melepuh, muncul pada lutut, siku, tangan dan kaki.
Tanda radang usus
11: Vitiligo
Membuatkan kulit kehilangan warna secara tompokan. Ia kerap terjadi pada individu dengan IBD, mungkin disebabkan hubungan genetik atau berkaitan dengan sistem imun.
12. Psoriasis
Masalah kulit ini
akan menyebabkan kulit
menjadi kemerahan, kering, bersisik, gatal dan menyakitkan.
Penyelidik tidak
pasti kaitan IBD dengan psoriasis tetapi dikatakan pesakit Crohn 8x berisiko
mengalaminya.
13. Acne
Beberapa ubat yang
digunakan untuk merawat radang usus boleh menyebabkan masalah
kulit sebagai kesan sampingan.
Steroid boleh mengakibatkan jerawat teruk dan wajah bengkak.
https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/radang-usus/penyakit-radang-usus-kulit/
No comments:
New comments are not allowed.