Korea (Chorea)
Perubahan
gaya hidup & rawatan sampingan
Definisi
Apa itu Korea
(Chorea)?
Korea (chorea)
adalah gangguan pergerakan yang menyebabkan badan bergerak secara tidak sengaja
dan tidak menentu. Ia disebabkan oleh lebihan aktiviti dopamin sebagai
neurotransmiter di kawasan otak yang mengawal pergerakan.
Simptom Korea boleh
terdiri daripada pergerakan kecil, seperti bermain-main benda di tangan,
hinggalah ke pergerakan lengan dan kaki yang tidak sengaja. Ia juga boleh
mengganggu pertuturan, menelan, postur, dan berjalan.
Apakah
kebarangkalian Korea (Chorea)?
Korea boleh
menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan
mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah
simptom-simptom Korea (Chorea)?
Simptom biasa bagi
Korea adalah “genggaman memerah susu’. Walau bagaimanapun, gejala Korea
biasanya bergantung kepada keadaan yang menyebabkannya. Orang dengan keadaan
ini tidak mempunyai otot tangan yang kuat dan akan menggenggam dan melepaskan
tangan mereka, seolah-olah memerah susu. Satu lagi simptom ialah menjelirkan
lidah dengan tidak sengaja.
Pergerakan Korea
boleh menjadi cepat atau perlahan. Seseorang mungkin kelihatan sakit dan tidak
mempunyai kawalan terhadap tubuh. Keadaan yang berkaitan dengan Korea dan
simptom-simptomnya termasuklah:
Penyakit
Huntington: Penyakit Huntington adalah penyakit yang diwarisi. Ia menyebabkan
penguraian sel saraf di dalam otak anda. Orang dengan penyakit Huntington boleh
mengalami simptom Korea seperti menyentap atau menggeliang-geliut dengan tidak
sengaja. Genggaman memerah susu juga merupakan simptom yang lazim. Korea adalah
lebih biasa pada orang-orang yang mempunyai penyakit Huntington dewasa. Dari
masa ke masa, simptom mungkin akan menjadi lebih teruk dan pergerakan boleh
menjejaskan kaki dan lengan.
Chorea-Acanthocytosis:
Keadaan ini adalah gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. Ia dicirikan
oleh sel darah merah yang tersalah bentuk. Ia akan menyebabkan keabnormalan
neurologi dan mempengaruhi fungsi otak. Korea untuk keadaan ini biasanya
melibatkan pergerakan lengan dan kaki yang tidak normal, mengangkat bahu, dan
tolakan pelvis. Ia juga boleh melibatkan pergerakan muka yang pantas dan tidak
bermakna. Orang yang mempunyai bentuk Korea ini juga boleh menunjukkan dystonia.
Ini dicirikan oleh pengecutan otot mulut dan muka yang di luar kawalan,
seperti:
Menggeserkan gigi.
Sendawa yang tidak sengaja.
Air liur meleleh atau meludah.
Menggigit bibir dan lidah.
Kesukaran pertuturan atau berkomunikasi.
Bunyi-bunyi pendek, seperti mendengus,
percakapan tak sengaja, atau ucapan yang tidak jelas.
Sydenham’s Chorea:
Keadaan ini selalunya mempengaruhi kanak-kanak dan remaja, dan susulan dari
jangkitan streptococcal. Ia juga mungkin hasil komplikasi dari demam reumatik.
Jenis Korea ini amat mempengaruhi wajah, lengan, dan tangan. Ia boleh
menghalang pergerakan voluntari, sehingga sukar untuk melakukan tugas-tugas
asas seperti berpakaian atau makan dengan sendiri. Ia juga boleh menyebabkan:
Sering menjatuhkan
atau menumpahkan sesuatu.
Cara berjalan yang
tidak normal.
Kelemahan otot.
Percakapan yang
tidak jelas.
Penyusutan otot.
Orang dengan jenis
Korea ini sering mempamerkan posisi tangan memerah susu. Satu lagi simptom
biasa dipanggil “lidah harlequin.’ Apabila seseorang yang mempunyai simptom ini
cuba menjelirkan lidahnya, ia akan bergerak masuk dan keluar secara berulang.
Mungkin terdapat
beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang
kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus
berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai
sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang
pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak
secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor
tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca
Apakah punca Korea
(Chorea)?
Korea dikaitkan
dengan beberapa sebab tambahan, ada yang sementara dan ada yang kronik.
Sebab-sebab ini termasuklah:
AIDS;
Keadaan genetik,
seperti penyakit Huntington.
Keadaan imun,
seperti lupus eritematosus sistemik (SLE).
Keadaan yang
berkaitan dengan jangkitan, seperti Korea Sydenham.
Ubatan, termasuk
levodopa dan neuroleptik.
Gangguan metabolik
atau endokrin, termasuk hipoglisemia.
Faktor-faktor
Risiko
Apakah yang
meningkatkan risiko saya kepada Korea (Chorea)?
Mereka yang
mempunyai demam reumatik lebih cenderung untuk mengalami Chorea. Faktor risiko
ini menjadikan wanita hamil lebih cenderung untuk mempunyai Chorea Gravidarum.
Faktor risiko lain
berkaitan dengan risiko penyakit tertentu. Sebagai contoh, penyakit Huntington
adalah penyakit keturunan yang boleh menyebabkan Korea. Seseorang yang
mempunyai ibu bapa yang mempunyai penyakit Huntington, mempunyai risiko 50
peratus untuk mewarisi penyakit tersebut, menurut Mayo Clinic.
Diagnosis dan
Rawatan
Maklumat yang
diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding
dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit
Korea (Chorea) didiagnosis?
Disebabkan banyak
keadaan yang boleh menyebabkan Korea, doktor anda perlu mengambil sejarah
perubatan yang menyeluruh untuk menentukan punca yang berpotensi. Untuk
mendiagnosis Korea, doktor anda mungkin bertanya:
Bilakah gejala ini
bermula?
Apa yang membuat
simptom menjadi lebih baik atau lebih teruk? Adakah
simptom Korea anda semakin teruk ketika anda tertekan?
Adakah anda
mempunyai sejarah keluarga Hipertiroid atau penyakit Huntington?
Apa ubat yang anda
ambil?
Sesetengah ujian
makmal boleh mengenal pasti Korea. Sebagai contoh, paras zat kuprum (copper)
yang rendah di dalam badan anda boleh menandakan penyakit Wilson, gangguan
genetik yang menyebabkan Korea. Ujian untuk sel darah yang berduri (spiky
erythrocyte) atau sel darah merah lain boleh mengenal pasti keadaan chorea-acanthocytosis.
Ujian darah untuk hormon paratiroid atau hormon tiroid boleh mengenal pasti
Korea berkaitan metabolik atau endokrin.
Untuk penyakit
Huntington, ujian pengimbasan, seperti imbasan MRI, boleh menunjukkan aktiviti
otak untuk menunjukkan penyakit ini.
Bagaimana pesakit
Korea (Chorea) dirawat?
Tidak ada rawatan
standard untuk Korea. Rawatan bergantung kepada jenis Korea dan penyakit yang
berkaitan. Rawatan untuk penyakit Huntington adalah bersifat sokongan,
sementara rawatan untuk Chorea Syndenham biasanya melibatkan ubat-ubatan
antibiotik untuk merawat jangkitan, diikuti dengan terapi ubat untuk mencegah
perulangan. Mengubahsuai dos ubat boleh merawat Korea yang disebabkan oleh
ubatan. Korea yang berkaitan dengan sebab metabolik dan endokrin dirawat
mengikut sebab-sebab gejala. Korea yang disebabkan oleh penyakit Parkinson
tidak dapat disembuhkan tetapi simptomnya dapat dikawal.
Ubat: Kebanyakan
ubat untuk Korea memberi kesan kepada dopamin. Dopamin adalah sejenis
neurotransmiter, atau bahan kimia otak, yang mengawal pergerakan, pemikiran,
dan rasa kepuasan di otak anda antaranya. Banyak gangguan pergerakan didapati
berkait dengan paras dopamin dalam badan. Gangguan ini termasuklah penyakit
Parkinson dan sindrom kaki gelisah. Sesetengah ubat menghalang reseptor dopamin
supaya badan anda tidak dapat menggunakan bahan kimia tersebut. Kebanyakannya
adalah ubat-ubatan antipsikotik yang didapati mengurangkan Korea. Ubat-ubatan
ini termasuklah:
Fluphenazine
(Prolixin).
Haloperidol
(Haldol).
Olanzapine
(Zyprexa);.Quetiapine (Seroquel).;
Risperidone
(Risperdal).
Terdapat ubat lain
yang mengurangkan jumlah dopamin di dalam otak, seperti reserpine dan
tetrabenazine (Xenazine). Ubat yang dikenali sebagai benzodiazepine, seperti
clonazepam (Klonopin), juga boleh membantu mengurangkan Korea. Ubat
antikonvulsan, yang mengurangkan pergerakan spontan, juga dapat mengurangkan
simptom Korea.
Pembedahan:
Rangsangan otak dalam (Deep Brain Stimulation) adalah pendekatan pembedahan
yang menunjukkan jaminan dalam rawatan terhadap Korea. Rawatan ini melibatkan
pemasangan elektrod di otak anda untuk mengawal impuls saraf. Sekiranya Korea
tidak bertindak balas terhadap ubat-ubatan, doktor anda boleh mengesyorkan
prosedur ini. Ia tidaklah menyembuhkan Korea tetapi boleh mengurangkan
simptomnya.
Perubahan gaya
hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan
gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Korea
(Chorea)?
Gaya hidup dan
kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi
Korea:
Korea berupaya
meningkatkan kemungkinan seseorang untuk jatuh. Langkah-langkah penjagaan rumah
termasuk memasang bahagian permukaan kesat di tangga dan di bilik mandi untuk
mencegah kecederaan. Sila berbincang dengan doktor anda tentang cara lain bagi
mengubah suai rumah anda untuk keselamatan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/saraf-lain/korea-chorea/
No comments:
New comments are not allowed.