Sunday, December 18, 2016

Nik Omar Pejuang Homeopathy di Malaysia


Nik Omar Pejuang Homeopathy

Memilih kerjaya adakalanya di pengaruhi oleh keinginan kepada kelainan, terikut-ikut atau tererdesak. Ramai juga yang membuat keputusan selepas mengambilkira keperluan dan jangkaan masa depan.




Tidak kurang juga yang memilih kerja berdasarkan 'rasa hati' tetapi lain pula dengan Prof Nik Omar, yang memileh satu kerjaya yang penuh dengan cabaran dan tidak begitu asing dikalangan rakyat dinegara ini.
Ketika ramai rakannya memilih untuk mengikuti pengajian perubatan biasa pada awal 1970-an, seorang anak muda berasal dari Kota Bharu, Kelantan memilih jurusan yang belum dikenali ramai, khususnya di negara ini iaitu perubatan homeopati.

Mengapa beliau membuat pilihan itu? Adakah kerana mahu sesuatu yang lain, minat, menjangka khidmatnya amat diperlukan pada akhir pengajiannya atau salah pilih.
Kerjaya Homeopati Juga Boleh Kaya dan Berjaya

" Saya mahu meneroka sesuatu yang baru, yang orang lain belum buat, saya akan buktikan bahawa saya akan berjaya dalam bidang baru ini, khusunya homeopati, " kata Prof Dr Nik Omar bin Haji Nik Daud.
" Kami dari keluarga usahawan, datuk, nenek, ibu, bapa, bapa saudara dan keluarga saya yang lain semuanya berjaya sebagai seorang usahawan dalam bidang masing-masing. Maka ibu saya mahu melihat saya juga berjaya dalam bidang saya, maka dengan itu, saya berusaha terus memperjuangkan perkembangan perubatan homeopati ini sehingga berjaya di Malaysia," demekian katanya

Prof Dr Nik Omar merupakan pengasas Persatuan Pengamal perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia, pengasas kolej homeopati berprestij iaitu Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan juga pengasas Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia adalah merupakan anak Melayu yang pertama diiktiraf sebagai pemimpin homeopati diperingkat antarabangsa.
Dr Nik Omar belajar di England.


Dr Nik Omar memulakan pengajian Homeopati di Lahore, Pakistan pada 1970 sebelum melanjutkan pelajaran di England pada 1975. Sewaktu di England beliau mula mempraktik homeopati secara kecil-kecilan di Brondesberyy Park, Kilburn, London selama 2 tahun sebelum kembali ke tanah air. Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1977, beliau membuka klinik homeopati moden yang pertama di Kota Bharu, Kelantan dan mendapat sambutan yang mengalakkan, sehingga hanya dalam masa 2 tahun sahaja beliau dapat menubuhkan kolej homeopati pertama yang benama Fakutli Perubatan Homeopathy Malaysia.

" Waktu itu tidak ramai yang mengenali apa itu homeopati. Berbagai anggapan buruk dilontarkan terhadap homeopati, namun saya tetap gigih memperjuang dan memperkembangkan sistem perubatan ini. Alahamdulilah, setelah lebih dari 20 tahun berjuang, kini hampir seluruh masyarakat Melayu tahu apa itu homeopati.", demekian ujarnya lagi.

Beliau kini mempunyai rangkaian kelinik homeopati yang agak besar dan terbaik di Malaysia. Pesakit-pesakitnya bukan sahaja datang dari Malaysia malah ada juga yang datang dari negara-negara luar seperti Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Saudi Arabia, Libya, England, USA, India, Pakistan dan lain-lain.


Kepakarannya dalam jurusan homeopati dan juga akupunktur China menjadikan beliau amat popular diibu negara, Kuala Lumpur.
Ketika di tanya apakah yang dapat dilakukan oleh perubatan homeopati, beliau berkata: " Kaedah Homeopati adalah satu pilihan kepada kaedah lain untuk merawat dan mencegah penyakit. Jika masyarakat gagal dengan kaedah lain, kita masih ada pilihan iaitu perubatan homeopati."

Prof Dr Nik Omar berkata rawatan homeopati yang membabitkan penggunaan ubat yang dirumus secara saintifik daripada bahan asli seperti akar dan kulit kayu, daun, buah-buahan dan bahan galian serta cecair tertentu yang dipastikan keselamatannya. Hampir semua ubat-ubat homeopati dihasilkan dimakmal-makmal di England, Perancis dan Germany.
Usahawan Paling Berjaya


Prof Dr Nik Omar kini menjadi contoh terbaik dalam dunia perubatan homeopati di Malaysia dimana ianya dipileh oleh Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Malaysia sebagai usahawan paling berjaya dalam bidang perubatan ini.
Kini beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah komplek perubatan homeopati yang terbesar didunia, tereltak di tanah seluas 8 ekar di Kampong gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.
Komplek ini bila siap sepenuhnya menjelang tahun 2002 mengandungi sebuah hospital 3 tingkat, 100 katil pesakit, 1 masjid & Pusat pengajian Tahfiz, 14 biji Chalet, 2 buah asrama, 1 dewan kuliah 2 tingkat, 1 puast siber cafe, 1 koam renang, 2 biji kolam ikan, 2 ekar taman herbarium buah-buahan dan pokok berubat dengan fasiliti pusat perubatan elektronik yang serba lengkap dan canggih.

Belanja untuk menyiapkan komplek perubatan ini beliau membelanjakan RM 4.5 juta. Komlek ini siap sepenuhnya sejak tahun 2004

No comments: