Friday, December 9, 2016

BEBERAPA PETUNJUK MERAWAT RESDUNG

Resdung adalah istilah yang digunakan oleh orang-orang utara,sementara ‘seduan’ adalah istilah oleh orang-orang Pantai Timur khususnya orang-orang di Kelantan dan Terengganu. Namunapa pun istilah yang digunakan resdung adalah salah satu penyakit yang banyak ditemui dikalangan masyarakat kita di Malaysia.

Dalam istilah kedoktoran, resdung boleh ditakrifkan sebagai cold, flu, runningrose, sinusitis dan sebagainya. Apa pun istilah yang dipakai, gejala yang sering diadukan oleh pesakit ialah hidung tersumbat, tidak boleh bernafas, bersin hidung, muka, mata, telin gagatal, bernafas berbau hanyir, hilang deria bau, mukaber jerawat.

Tidak banyak dapat dilakukan oleh doctor-doktor dalam masalah ini, melainkan member ubat yang terdiri dari kumpulan anti-histimine atau piriton, paracetamol dan kalau kuat sangat mereka akan memberi antibiotic serta ubat titik dalam hidung.

Yang paling serius, dimana nafas tersumbat kerana polyp atau ketumbuhan, mereka menasihatkan pesakit supaya melakukan pembedahan. Pembedahan walaupun dianggap mudah atau simple, namun risiko tetap ada.

Masalah utama dikalangan pesakit resdung ialah mereka tidak segera mendapatkan rawatan bila terkena jangkitan awal selsema yamg dimulai dengan bersin atau keluar air dari hidung.

Pesakit-pesakit inibiasanya membiarkan masalah selsema mereka berterusan hingga menjadi kronik.

Jangan keluar bila hujan, jangan bermain dengan habuk, jangan makan makanan gatal-gatal seperti udang, sotog, ketam atau kerang. Jika didapati badan anda alergik pada sebarang makanan, jauhilah makanan tersebut. Ingat bila anda berterusan bersin dan berair hidung ini boleh membawa anda kepada penyakit batuk-batuk atau radang paru-paru dan akhirnya akan mengalami penyakit lelah atau asthma.

TUTUNG CARA KAMPUNG

Saya tidak tahu sejauh mana tutung cara kampong untuk membuang penyakit resdung. Tetapi saya pernah membawa seorang pesakit saya untuk mencuba pengubatan secara kampong ini, tetapi tidak berkesan.

Mungkin ada kaedah-kaedah lain yang digunakan member kesan yang baik, saya sendiri tidak tahu. Namun tidak menjadi kesalahan bagi pesakit-pesakit resdung untuk mencubanya, asal sahaja penyakit boleh baik.

PENGUBATAN CARA HOSPITAL

Menggunakan ubat-ubat anti-histime, antibiotic dan sebagainya. Cara ini amat berkesan pada peringkat awal dan boleh diamalkan melebihi tempoh 3 kali makan atau dikenali sebagai 3 set.

Kerana ubat-ubat ini member kesan sampingan jika dimakan berterusan atau berpanjangan. Diantara kesan sampingan ialah mengantuk, pening-pening, badan menjadi letih, jantung berdebar dan lain-lain lagi. Namun apa pun alasan anda wajib memakan ubat-ubat ini demi untuk kebaikan anda.

PENGUBATAN RESDUNG CARA HOMEOPATI

Sistem perubatan Homeopati mempunyai rangkaian ubat-ubat untuk penyakit resdung yang dikira agak baik dan mustajab. Bagi orang-orang yang baru mengalami masalah resdung ini, biasanya doctor homeopati akan member ubat-ubat seperti Aconite Napellus, AlliumCepa, AlliumSinuPlus, RhusToxindron, Lilium, atau Calcarea Flourica.

Namun bila penyakit sudah menjadi payah atau serius, ubat-ubat homeopati yang lebih keras digunakan seperti , NuxVomica, Belladonna, Ars.Alb, Ruberculinum, Bacilinum, Sulphur, ZincumMet, Pulsatilla, Sepia dan Thuja akan digunakan.

Bagi orang-orang yang tersumbat hidung atau polyp (ketumbuhan dalam hidung) sudah agak besar dan memerlukan kepada pembedahan, maka diberikan ubat-ubat seperti Sulphur, Dulcamara, Drosera, Phytolacca,

Sekiranya respon ubat homeopati kepada anda cepat, anda boleh merasa kelegaan dalam tempoh satu hingga dua bulan selepas menggunakan ubat-ubat homeopati.

Ubat-ubat homeopathi memang terkenal handal dalam mengatasi masalah resdung baik yang kuat atau pun yang kronik. Yang paling beruntung menggunakan ubat-ubat homeopati ialah bayi atau kanak-kanak kerana ubat-ubat homeopati  yang lembut dan manis memudahkan mereka memakan ubat homeopati sampai habis preskripsi.

Ditambah pula ubat-ubat homeopati tidak mengandungi apa-apa kesan sampingan atau keracunan kerana ubat-ubat yang ada dalam homeopati begitu halus, lembut dan dinamis.

PENGUBATAN RESDUNG CARA AKUPUNKTUR CINA
Selain dari perubatan homeopati untuk mengubat resdung anda boleh juga mencuba perubatan akupuntur cina untuk mengatasi masalah ini.

Mengikut kaedah akupuntur, jarum-jarum halus yang dibuat dari stainless still atau perak, diletakkan pada bahagian tertentu badan mengeluarkan tenaga yang dinamakan ‘Chi’.

Tenaga ini akan membantu menguatkan tenaga hayat seseorang dan member kelegaan serta merta kepada pesakit.

Tetapi rawatan akupuntur sahaja tidak mampu member penyembuhan yang berkekalan kepada pesakit-pesakit resdung tanpa dibantu dengan ubat-ubat homeopati.

Jika anda menggunakan kedua-dua teknik gabungan ini yang dikenali sebagai ‘perubatanintegrasi’ homeo-punture, kemungkinan besar masalah resdung akan dapat diatasi dengan sempurna.

013-9314166 untuk temujanji