Pengembaraanku ke Murree Sungguh mencabar
Perjalanan kami bermula di pekan Gujranwala, Lahore, Pakistan. melalui beberapa daerah seperti Gujrat - lalamusa - kharian - Dina - Gujar Khan - Rawalpindi - Islambad - dan akhir sekali Murree..
daripada Gujranwala kami menaiki van ke Murree melalui beberapa daerah kecil kemudian bertukar beberapa jenis kenderaan lain. Pengalaman kami yang tak dapat dilupakan dan mencabar adalah bila kami sampai disesuatu daerah kami terpaksa bertukar tukar kenderaan untuk sampai ke destinasi yang nak dituju tak kira lah menaiki van ke hilux ke pickop ke kami naik jer, ini adalah kerana had perjalanan dan kawasan yang dibenarkan untuk di lalui oleh mereka(pemilik kenderaan).
Pada mula mula perjalanan kebiasaanya ruang penumpang kosong sahaja tapi ditengah jalan driver pickup atau van akan mula mengambil penumpang yang berjalan, bila dah penuh isi di dalam penumpang bolehlah berdiri di luar pickup atau van atau bas. setiap kali kenderaan berhenti ada sahaja penumpang akan naik dan memenuhi ruang didalam. aku dan adikku sentiasa duduk di dalam dan tak mahu berdiri di luar kenderaan kerana kami takut jatuh.. tapi akhirnya kami terpaksa juga keluar bila ada penumpang perempuan yang ingin menumpang. ini lah pengalaman yang paling tak dapat dilupakan di pakistan. kerana perjalanan yang jauh dan jalan yang tidak diselenggara dengan baik bercampur pulak pemandu yang berlorak(Nak cepat).. terhuyung hayang kami bergantung di belakang van..
sesampai kami di islamabad kami terpaksa bertukar kenderaan sekali lagi buat kali terakhir. kami berasa lega kerana sepanjang perjalanan daripada islamabad ke Murree kami dapat berada di dalam van sahaja. Cuma perasaan runsing kami tidak hilang disitu sahaja ini adalah kerana laluan jalan ke murree sangat sempit.. cukup cukup untuk muat sebiji kenderaan sahaja. pemandu pula memandu dengan laju. yang paling takut adalah bila kenderaan kami berselisih dengan bas dan hampir hampir hilang kawalan.
walaubagaimana pun akhirnya kami selamat juga sampai di murree. melihat pemandangan di Murre yang waktu tue musim salji.. terubatlah rasa kesusahan yang kami hadapi
Aku sangat bersyukur kerana selamat sampai dan memperolehi pengalaman yang tidak ramai perolehi yang boleh di kongsikan