Wednesday, May 22, 2024

Ulser sembuh melalui kaedah homeopathy & akupuntur

 Lepuh & Ulser Mulut 

Lepuh dan ulser mulut merupakan dua aduan utama yang sering berlaku di dalam mulut.

Pengenalan
Lepuh dan ulser mulut merupakan dua aduan utama yang sering berlaku di dalam mulut. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan bercakap. Lepuh dan ulser mulut bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada. Oleh itu, mengenal pasti punca penyebab lepuh dan ulser mulut adalah penting untuk rawatan sewajarnya serta pengendalian pesakit.

Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut

Sebab-sebab ulser mulut
Dua penyebab utama luka mulut adalah ulser afta berulang dan trauma/kecederaan (sebagai contoh daripada tergigit mulut dengan tidak sengaja, gigi/tampalan yang tajam, gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna

Sebab-sebab ulser mulut yang lain termasuklah:

  • Barah 
  • Ubat-ubatan: NSAIDs, sitotoksik, NicorandilAlendronate dan lain-lain
  • Penyakit sistemik yang boleh mengakibatkan terjadinya lepuh mulut :
    • Penyakit darah (contoh: anemia, leukemia)
    • Jangkitan
      • Jangkitan virus merupakan jangkitan yang paling kerap berlaku (contoh : cacar air, kayap, cold sores, penyakit tangan kaki dan mulut)
      • Bakteria (contoh: acute necrotizing ulcerative gingivitis, sifilis, tuberkulosis)
      • Infeksi kulat (contoh: histoplasmosis, mucormycosis)
    • Penyakit keradangan usus (sebagai contohnya penyakit Crohn)
    • Penyakit kulit (lichen planus), pemfigus vulgaris, pemphigoid)
Apa itu lepuh mulut?
Lepuh mulut merupakan suatu poket kecil yang berisi cecair di permukaan superfisial mukosa mulut. Lepuh jarang dijumpai di dalam mulut kerana ia senang pecah dan menjadi ulser mulut kerana persekitaran yang lembap di dalam mulut, juga daripada trauma semasa mengunyah makanan, dan infeksi daripada flora (kuman) mulut.

Sebab-sebab lepuh mulut

Lepuh mulut paling biasa disebabkan oleh jangkitan virus. Contohnya adalah cacar air, kayap, herpetic gingivostomatitis primer dan cold sores. Penyebab lain adalah jarang seperti penyakit kulit, contohnya bullous lichen planus, pemfigus dan variant pemfigoid.

Bila anda perlu risau dengan lepuh dan ulser mulut?
Petunjuk yang paling penting ialah apabila lepuh dan ulser mulut tidak sembuh ataupun berlarutan. Ini mungkin berkaitan dengan penyakit kronik seperti:
  • Barah
  • Trauma/ kecederaan
  • Penyakit sistemik (penyakit darah, infeksi, penyakit keradangan usus, dan penyakit kulit)
Kita perlu berasa bimbang jika terdapat juga tanda-tanda penglibatan sistemik seperti:
  • Gatal, lepuh dan ulser di bahagian kulit,kemaluan dan mata
  • Demam
  • Bengkak di kelenjar sekitar leher, ketiak, pangkal paha
  • Pendarahan di bawah kulit dan mukosa
  • Batuk yang kronik
  • Sakit di bahagian abdomen, gangguan semasa buang air besar, darah di dalam najis
  • Pengurangan berat badan secara tiba-tiba
Rujukan :- http://www.myhealth.gov.my/lepuh-a-ulser-mulut/


Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya diberikan untuk merawat sakit ulsers/ulser
antaranya adalah:-
St.4.,St 5
ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-
Oraithogalum,Argentium Nit,Kali bich,Merc.Cor,Terebinth,Nitric Acid,Phosphorus,Arsenic Alb,Euphorbium,Lycopodium,Lachesis,Pulsatilla,Thuja,Graphites,Natrum phos
Ruj : select you remedies


#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

No comments: