Friday, May 24, 2024

SESI TEMUBUAL BERSAMA STUDENT UITM PUNCAK ALAM

TUJUAN: MENJALANKAN KERJA KURSUS TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE DAN MEMAHAMI DENGAN LEBIH LANJUT BERKENAAN DENGAN RAWATAN AKUPUNTUR

TARIKH: 22/5/2024

PENGAMAL: H/DR NIK FAIRUZ HAKIM BIN NIK OMAR

PENEMUBUAL:
1. MIZA DANIA AIMAN BINTI MOHD SUHAIMI
2. NURAINA FAQIHAH BINTI ABDUL HALIM
3. NORTASHA BINTI HASSAN 
4. SYAFINAZ BINTI SUHAIMI
5. NUR AFIFAH BINTI AZHAR

SESI TEMUBUAL:

SESI TEMUBUAL BERJALAN DENGAN LANCAR.

TESTIMONI PELANGGAN DARIPADA GOOGLE REVIEW NMAIRRAH

"Service terbaik,sangat ramah"

NMAIRRAH

Terima kasih atas sokongan anda kepada kami.

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

TESTIMONI AIR NIRA KELAPA PANDAN ORY DARIPADA FACEBOOK

"Tempat yang baik,staff yang baik layanan yang memuaskan...terbaik"

AIR NIRA KELAPA PANDAN
Terima kasih kerana memilih untuk membuat rawatan di klinik kami.😊

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

STROK SEBELAH KIRI BOLEH DIRAWAT MELALUI AKUPUNTUR & HOMEOPATHY

strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terganggu sama ada tersumbat dengan darah beku (strok iskemia) atau saluran darah otak pecah (strok pendarahan), yang menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien ke tisu-tisu otak. Ini menyebabkan sel-sel otak mati dengan cepat dan gangguan kepada kefungsian anggota badan. 

Defisit fizikal

1. Kehilangan/kelemahan pergerakan di sebelah (hemiplegia)

badan di mana strok itu berlaku.
2. Koordinasi yang lemah.

3. Pertuturan dan keupayaan menelan terjejas.

4. Inkontinen (tidak boleh mengawal air kencing)
5. Penglihatan terjejas.

Defisi (Kekurangan) kognitif
1. Disorganized, tertekan dan kehilangan tumpuan.
2. Tidak mampu memahami perkataan

Defisit (Kekurangan) spatial – persepsi
1. Kehilangan deria rasa di sebelah badan.
2. Kehilangan imej badan.

Faedah posisi badan dan anggota yang optimum boleh :-
1. Memodulasikan otot.
2. Mencegah kecederaan kepada anggota badan yang terjejas.
3. Menyokong dan menstabilkan segmen badan.

Cara posisi badan dan anggota yang paling disyorkan adalah seperti berikut :
i. Mengiring pada anggota yang normal.
ii. Mengiring pada anggota sebelah yang terjejas strok.
iii. Baring terlentang.
iv. Duduk di atas kerusi / kerusi roda.

Rujukan;- http://www.myhealth.gov.my/posisi-badan-dan-anggota-yang-baik-untuk-pesakit-strok/

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya diberikan untuk merawat strok sebelah kiri
antaranya adalah:-
Du 20., St. 1., GB 1., Liv 3., SI 6
ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-
Causticum., Arnica Mont., Rhus Tox
Ruj : select you remedi

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

Wednesday, May 22, 2024

Ulser sembuh melalui kaedah homeopathy & akupuntur

 Lepuh & Ulser Mulut 

Lepuh dan ulser mulut merupakan dua aduan utama yang sering berlaku di dalam mulut.

Pengenalan
Lepuh dan ulser mulut merupakan dua aduan utama yang sering berlaku di dalam mulut. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan bercakap. Lepuh dan ulser mulut bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada. Oleh itu, mengenal pasti punca penyebab lepuh dan ulser mulut adalah penting untuk rawatan sewajarnya serta pengendalian pesakit.

Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut

Sebab-sebab ulser mulut
Dua penyebab utama luka mulut adalah ulser afta berulang dan trauma/kecederaan (sebagai contoh daripada tergigit mulut dengan tidak sengaja, gigi/tampalan yang tajam, gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna

Sebab-sebab ulser mulut yang lain termasuklah:

  • Barah 
  • Ubat-ubatan: NSAIDs, sitotoksik, NicorandilAlendronate dan lain-lain
  • Penyakit sistemik yang boleh mengakibatkan terjadinya lepuh mulut :
    • Penyakit darah (contoh: anemia, leukemia)
    • Jangkitan
      • Jangkitan virus merupakan jangkitan yang paling kerap berlaku (contoh : cacar air, kayap, cold sores, penyakit tangan kaki dan mulut)
      • Bakteria (contoh: acute necrotizing ulcerative gingivitis, sifilis, tuberkulosis)
      • Infeksi kulat (contoh: histoplasmosis, mucormycosis)
    • Penyakit keradangan usus (sebagai contohnya penyakit Crohn)
    • Penyakit kulit (lichen planus), pemfigus vulgaris, pemphigoid)
Apa itu lepuh mulut?
Lepuh mulut merupakan suatu poket kecil yang berisi cecair di permukaan superfisial mukosa mulut. Lepuh jarang dijumpai di dalam mulut kerana ia senang pecah dan menjadi ulser mulut kerana persekitaran yang lembap di dalam mulut, juga daripada trauma semasa mengunyah makanan, dan infeksi daripada flora (kuman) mulut.

Sebab-sebab lepuh mulut

Lepuh mulut paling biasa disebabkan oleh jangkitan virus. Contohnya adalah cacar air, kayap, herpetic gingivostomatitis primer dan cold sores. Penyebab lain adalah jarang seperti penyakit kulit, contohnya bullous lichen planus, pemfigus dan variant pemfigoid.

Bila anda perlu risau dengan lepuh dan ulser mulut?
Petunjuk yang paling penting ialah apabila lepuh dan ulser mulut tidak sembuh ataupun berlarutan. Ini mungkin berkaitan dengan penyakit kronik seperti:
  • Barah
  • Trauma/ kecederaan
  • Penyakit sistemik (penyakit darah, infeksi, penyakit keradangan usus, dan penyakit kulit)
Kita perlu berasa bimbang jika terdapat juga tanda-tanda penglibatan sistemik seperti:
  • Gatal, lepuh dan ulser di bahagian kulit,kemaluan dan mata
  • Demam
  • Bengkak di kelenjar sekitar leher, ketiak, pangkal paha
  • Pendarahan di bawah kulit dan mukosa
  • Batuk yang kronik
  • Sakit di bahagian abdomen, gangguan semasa buang air besar, darah di dalam najis
  • Pengurangan berat badan secara tiba-tiba
Rujukan :- http://www.myhealth.gov.my/lepuh-a-ulser-mulut/

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya diberikan untuk merawat sakit ulsers/ulser
antaranya adalah:-
St.4.,St 5
ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-
Oraithogalum,Argentium Nit,Kali bich,Merc.Cor,Terebinth,Nitric Acid,Phosphorus,Arsenic Alb,Euphorbium,Lycopodium,Lachesis,Pulsatilla,Thuja,Graphites,Natrum phos
Ruj : select you remedies

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

Tuesday, May 21, 2024

ATASI MASALAH HIDUNG TERSUMBAT DENGAN AKUPUNTUR

APA ITU HIDUNG TERSUMBAT?

Hidung tersumbat ialah rasa sesak dan ketidakselesaan di dalam hidung. Masalah ini boleh berlaku untuk seketika atau berpanjangan, bergantung kepada puncanya.

Jangkitan seperti selesema, flu, sinusitis atau alahan merupakan antara punca hidung tersumbat berlaku. Perengsa seperti asap rokok atau asap kenderaan turut menjadi penyebab kepada masalah ini. Hidung tersumbat yang diakibatkan oleh perengsa boleh menyebabkan rinitis alahan atau rinitis bukan alahan

Kesesakan hidung ialah tanda pertama yang menunjukkan badan sedang melawan jangkitan virus atau bakteria. Apabila masalah hidung tersumbat terjadi, anda boleh mengalami gejala-gejala lain seperti :

  • Kesukaran bernafas melalui hidung

  • Hingus mengalir daripada hidung atau hidung berair

  • Bernafas melalui mulut

  • Bayi yang mengalami gejala ini akan kurang menyusu

PUNCA

1. Jangkitan viral
Demam biasa dan influenza adalah punca yang kerap didengari disebalik masalah hidung tersumbat. Jangkitan ini menyebabkan masalah keradangan pada saluran pernafasan, membawa kepada hidung tersumbat termasuklah simptom lain seperti bersin dan selesema.

2. Alahan
Alahan kepada debunga, hama habuk, bulu binatang peliharaan, atau pencemaran udara boleh menjadi pencetus masalah ini yang kemudiannya menyebabkan masalah hidung tersumbat. Imun tubuh bertindak balas terhadap alahan ini menyebabkan pembengkakkan dan rasa gatal pada tisu saluran pernafasan.

3. Sinusitis
Keradangan sinus yang dikenali sebagai sinusitis, boleh membawa kepada masalah hidung tersumbat. Kondisi ini selalunya diikuti dengan demam atau jangkitan saluran pernafasan yang boleh menyebabkan tersumbatnya saluran pernafasan hidung.

4. Perengsa persekitaran
Terdedah kepada asap, pencemaran, atau bau yang kuat boleh menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan, mencetus masalah hidung tersumbat. Pekerjaan yang terdedah kepada sesetengah bahan kimia juga boleh jadi menyumbang kepada masalah hidung tersumbat pada sesetengah individu.

5. Septum hidung senget
Septum hidung yang senget atau menyimpang, satu kondisi di mana dinding nipis di antara saluran pernafasan hidung senget, boleh membawa kepada masalah hidung tersumbat yang kronik. Isu struktur hidung ini boleh mengganggu aliran masuk oksigen dan menjadikan kesukaran untuk bernafas.

6. Kehamilan

Perubahan hormon sewaktu hamil boleh menyebabkan masalah hidung tersumbat pada sesetengah wanita. Masalah ini adalah biasa berlaku dan merupakan satu kondisi yang sementara dikenali sebagai kehamilan rhinitis.

ANTARA CARA MENGATASI MASALAH HIDUNG TERSUMBAT ADALAH :

  • Ubat antihistamin.
  • Alat semburan hidung (nasal spray)
  • Tuaman panas.
  • Tinggikan kepala ketika tidur.
  • Menyedut wap panas.
  • Banyakkan minum air.

RAWATAN ALTERNATIVE :

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat hidung tersumbat, antaranya adalah:

Li 19., Du23., DU 25., DU 26

RUJUKAN : CLINICAL ACUPUNTURE & MOXIBUSTION “THE CLASSICAL CHINESE MEDICINE”

Rawatan homeopati yang sesuai untuk hidung tersumbat antaranya ialah:

Drosera, Allium Cepa., Aconite, Merc., Hepar Sulph., Dulcamara, Sulph , ubat-ubat tersebut hendaklah dimakan mengikut gejala penyakit. Ubat homeopati tidak boleh dimakan sebarangan, ia hendaklah diberi mengikut arahan doktor homeopathy yang bertauliah.

RUJUKAN : SELECTED REMEDY

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

Monday, May 20, 2024

Sakit telinga dirawat melalui Akupuntur

Kesakitan Telinga

Pengenalan

Kesakitan telinga biasanya disebabkan masalah samada telinga luar (dari cuping telinga hingga gegendang telinga) atau telinga tengah (di belakang gegendang telinga).
Ianya boleh disebabkan oleh masalah di tekak atau mulut seperti jangkitan pada tekak ( ‘tonsillitis’, ‘pharyngitis’).
Ketumbuhan pada tekak juga boleh menyebabkan kesakitan telinga.

Punca-punca
Berikut disenaraikan sebab-sebab utama kesakitan telinga.

Tahi telinga
Tahi telinga boleh terkumpul di dalam saluran telinga (saluran auditori). Akhirnya ia akan membentuk plak, yang mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan.
Jangkitan pada saluran telinga
Bakteria (‘furunculosis’/bisul) atau jangkitan kulat (‘otomycosis’)

‘Eczema’
‘Eczema’ boleh berlaku pada saluran telinga, menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, bersisik dan gatal. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan dan kesakitan.

Keradangan telinga tengah

‘Acute suppurative otitis media
Kesakitan telinga biasanya bermula di dalam telinga. Keradangan telinga tengah ialah punca yang paling kerap dan biasanya (walaupun tidak semestinya) disebabkan jangkitan.

Akibat tekanan yang meningkat pada telinga tengah, gegendang telinga meregang dan bengkak. Ini akan mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan. Faktor yang paling kerap ialah demam selesema.

Tanda dan Gejala

Gejala-gejala berkaitan :

  • Kurang pendengaran
  • Kegatalan
  • Lelehan telinga

Rawatan

  • Tahi telinga termampat boleh dilembutkan dengan minyak zaitun atau sayuran atau ubat titik telinga sodium bicarbonate sebelum dikeluarkan oleh kakitangan perubatan yang terlatih/ENT doktor.
  • Ubat titik telinga ini boleh dibeli di farmasi.
  • ‘Syringing’ iaitu menyembur tahi telinga dengan air suam dan hanya boleh dilakukan oleh kakitangan perubatan yang terlatih sahaja. Amalan ini tidak boleh dilakukan pada telinga yang terkena jangkitan atau gegendang telinga berlubang. Prosedur ini jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang, penig, loya dan muntah.
  • Ubat tahan sakit yang ringan seperti ‘paracetamol’ boleh diambil jika sakit menjadi teruk.
  • Jangkitan pada saluran telinga mesti dirawat oleh pakar telinga hidung dan tekak. Ia memerlukan cucian yang sempurna, memasukkan kain yang berubat atau mungkin pembedahan.
  • Ubat titik telinga yang mengandungi ‘corticosteroid’ boleh mengurangkan dan menyembuhkan radangan pada saluran telinga. Ubat Anti-bakteria atau anti-fungus mungkin diperlukan jika terdapat jangkitan. Pil atau suntikan antibiotik boleh digunakan untuk merawat bisul / ‘furuncle’ di dalam saluran telinga. Penyaliran nanah mungkin diperlukan.
  • Kesakitan telinga akut beserta kurang pendengaran dan selesema menandakan jangkitan kuman pada telinga tengah. Keadaan ini memerlukan rawatan awal dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan ‘decongestant’. Ini untuk mengelakkan gegendang telinga pecah dan nanah meleleh.

Pencegahan

  • Tahi telinga bergerak secara perlahan ke arah lubang telinga dan terkeluar. Oleh itu pencucian yang berkala adalah tidak perlu. Bagaimanapun, kain boleh digunakan untuk menyapu dengan perlahan pada lubang telinga.
  • Penggunaan putik kapas tidak membantu kerana biasanya ia akan menolak tahi telinga lebih ke dalam, akhirnya membawa mudarat. Oleh kerana saluran telinga sempit di bahagian tengah, tahi telinga membentuk plak yang tidak boleh keluar dengan sendiri. Ia juga menyebabkan berlakunya gegendang telinga berlubang dan jangkitan pada saluran telinga (otitis externa).
  • Pengidap ‘Eczema’ perlu berhati-hati mengorek telinga dengan putik kapas kerana ia akan menyebabkan keadaan lebih teruk.
  • Elakkan daripada menghembus hidung dengan kuat atau berenang / menyelam semasa mengalami selesema. Ini boleh menyebabkan jangkitan telinga tengah (otitis media)
Rujukan :- http://www.myhealth.gov.my/kesakitan-telinga/

MELALUI KAEDAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANNYA DIBERIKAN UNTUK MERAWAT EARS NOISES, ANTARANYA ADALAH : 

ST7.,SJ18,SJ19,SJ20

RUJUKAN : CLINICAL ACUPUNCTURE & MOXIBUSTION ‘’THE CLASSICAL CHINESE MEDICINE’’

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

WAKTU TERBAIK UNTUK BERBEKAM BULAN 5

Waktu terbaik untuk berbekam

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,

"Barang siapa yang berbekam pada hari ke17,19,dan 21 bulan hijrah maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit".

Ahad -26/5/24
17 Zulkaedah 1445H
Selasa -28/5/24
19 Zulkaedah 1445H
Khamis -30/5/24
21 zulkaedah 1445H

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

TESTIMONI NUR NADIA DARIPADA FACEBOOK

"Terbaik dan memuaskan"

NUR NADIA
Terima kasih kerana memilih untuk membuat rawatan di klinik kami.😊

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

TESTIMONI PELANGGAN DARIPADA GOOGLE REVIEW SARAH AMRAN

"Service terbaik,memberi layanan yang bagus"

sarah amran

Terima kasih atas sokongan anda kepada kami🌹

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #rawang #bukitberuntung #nikomar #batu18 #tunteja #countryhomes #kgkenanga #tamanjati #tamanbersatu #batu16 #kgmelayu #tamanpelangi #islam #melayu #perempuan #garing #batuarang #bukitsentosa #saujanarawang #rawangperdana #tasikputeri #saujanautama

Thursday, May 16, 2024

GOUT DIRAWAT MELALUI KAEDAH AKUPUNTUR DAN HOMEOPATHY

Tahukah anda bahawa Penyakit Gout ini sering terjadi kepada kaum lelaki yang berada dalam lingkungan umur tiga puluhan dan keatas, dan perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas putus haid atau menopause?
Dan tahukah anda bahawa walaupun penyakit Gout dianggap sebagai penyakit keturunan, terdapat ramai pesakit Gout yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini?
Gout sebenarnya dikelaskan sebagai penyakit Artritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki.
Gout menyebabkan keradangan, kebengkakan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada sendi, terutamanya sendi-sendi yang besar, langsung membataskan pergerakan pesakit itu.
Biasanya, serangan Gout hanya akan membabitkan satu sendi pada satu ketika.
PUNCA GOUT
Penyakit Gout ini terjadi akibat dua faktor iaitu akibat asid urik yang berlebihan di dalam badan dan akibat asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan daripada badan.
Asid Urik yang berlebihan ini menyebabkan pembentukan kristal berbentuk jarum pada sendi, iaitu punca sakit Gout. Ia juga boleh terbentuk di bahagian lain, dan akhirnya boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Asid urik biasanya akan mendap pada sendi ibu jari kaki. Tetapi ia juga boleh terkumpul pada sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jejari tangan.
Pengumpulan asid ini boleh menyebabkan bonjolan kecil pada kulit, dipanggil
(to-fai). Pada keadaan yang lebih serius, tophi menjadi terlalu besar dan boleh pecah, serta mengeluarkan bahan seperti kapur.
Ketidakseimbangan asid urik ini kemungkinan disebabkan faktor keturunan, pengambilan makanan yang kaya protein dengan lebih, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang, pengambilan ubatan tertentu seperti diuretik dan aspirin. Kekurangan air di dalam tubuh yang serius boleh memburukkan keadaan.
TANDA-TANDA GOUT
Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan yang anda mungkin didatangi Gout ialah apabila anda rasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
Sendi itu akan rasa sakit apabila disentuh, dan boleh ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.
Dialog : Abang rasa macam nak demam ,lain macam je rasa
: sakit ke abang ?
Serangan secara tiba-tiba boleh menjadi lebih ketara pada waktu tengah malam.
Ingatlah, hanya rawatan yang sesuai boleh mengurangkan sakit dan kekerapan serangan yang seterusnya.
TAHAP-TAHAP GOUT
Mengikut kajian, Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
1. Asimptomatik – yang tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda
2. Akut – Dalam kes ini, tanda-tanda Gout muncul dengan cepat dan secara tiba-tiba, biasanya pada tisu lembut beberapa sendi, dan sakit akan hilang dengan kadar yang cepat.
3. Interkritikal – ini adalah fasa di mana tiada serangan gout dan ini boleh berlangsung selama beberapa bulan atau juga bertahun lamanya.
4. Kronik – bagi peringkat kronik pula, serangan boleh berlaku berulang kali, dipanggil ‘Polyarticular Gout’. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki mungkin berubah bentuk, bengkak, merah, dan panas, termasuk demam. Kategori kronik yang sudah teruk pula, boleh berlaku kerosakan ginjal, hipertensi, dan batu karang.
HIPERURISEMIA
Kebanyakan pesakit Gout mempunyai kadar asid urik yang tinggi. Keadaan ini dipanggil ‘hiperurisemia’.
‘Hiperurisemia’ berlaku apabila buah pinggang gagal menyingkirkan asid urik secara secukupnya atau apabila badan menghasilkan terlalu banyak asid urik.
RAWATAN
Ubatan pilihan untuk Gout  ialah  ‘Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)’, Colchicine( kol-chi-sin), atau ‘Glucocorticoids’.
Rawatan jangka panjangnya pula ialah terapi ‘Anti-hyperuricemik’.
Walau bagaimanapun, amalan pemakanan yang betul mampu membuat perubahan kecil dalam mengurangkan aras plasma asid urik.
Adakah anda rasa anda juga mungkin mengidap Gout? Berusahalah membuat perubahan melalui diet pemakanan yang rendah protein.
Elakkan makanan tinggi purin yang berasal daripada sumber protein. Hadkan pengambilan sardin dan ikan bilis. Pengambilan daging hendaklah di hadkan kepada satu hidangan sehari dan jangan makan organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan otak.
Sayuran seperti asparagus, kekacang, pis, cendawan, bunga kobis, dan bayam boleh diambil secara berhemah.
Banyakkan minum air kerana ini dapat membantu penyingkiran asid urik.
Juga, elakkan pengambilan alkohol.
DIAGNOSIS
Untuk mengenalpasti Gout secara tepat, ujian mikroskopi dijalankan bagi bendalir yg disedut daripada sendi.
Walau bagaimanapun, janganlah anda risau. Jika anda mengalami tanda-tanda Gout diatas, dapatkan rawatan yang sebaiknya dengan segera supaya tidak berpanjangan dan menimbulkan kesan yang lebih serius.
Pada peringkat awal, dengan rawatan yang sewajarnya, hidup anda mampu pulih seperti sediakala. Rawatan awal adalah penghilang sakit Gout.
Mulakan dengan pemakanan yang sesuai serta gaya hidup yang lebih sihat dan positif.
RUJUKAN :- http://www.myhealth.gov.my/gout

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya diberikan untuk merawat sakit lumbago/belakang
antaranya adalah:-
k 3.,k 4.,k 5
ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-
bryonia, ledum pal, kalmia lotifolia