Tuesday, October 30, 2012

Penyakit Buah Pinggang Boleh Menyerang Siapa Sahaja Tidak Kira Umur


Dalam Dunia Moden hari ini, Penyakit buah pinggang boleh terjadi kepada siapa sahaja. Serangan penyakit ini dapat dilihat seawal budak hingusan yang berumur 4 atau 5 tahun sehingga orang dewasa.

20 tahun yang silam, amat jarang saya temui anak-anak kecil yang berumur 4 atau 5 tahun mengalami sakit buah pinggang. Tapi kini penyakit ini, semakin hari semakin meningkat. Suatu peraka yang amat membimbangkan ! Disaat saya menulis hari ini, sudah dua orang kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun datang ke kelinik saya untuk meminta nasihat dan membuat rawatan dan 6 orang dewasa yang datang termasuk lelaki dan perempuan.

Budak kecil berumur 5 tahun terpaksa memakan 10 biji pil prednisolone 0.5 mg ( satu biji 0.5 mg , 10 biji bererti 50 mg sehari) bayangkan streoid yang begitu kuat harus ditelan oleh seorang kanak-kanak !!


Kalau orang dewasa itu boleh dikatakan Ok kerana mereka tua, tetapi apa alasan yang harus diberi pada kanak-kanak seawal 5 tahun sudah mengalami penyakit ini.

Saya bersama ibu bapa kakak-kanak ini mencari cari jawapannya, antara kemungkinan berlakunya penyakit ini dikalangan kanak-kanak ialah:-

1. Mungkin disebabkan susu tin ( bukan susu ibu)
2. Keracunan dalam makanan segera kanak-kanak @

a) racun dalam jeruk-jeruk atau asam
b) racun serangga pada buah-buahan atau sayuran
c) bahan-bahan toksid dalam makanan bertin atau makanan segera.

3. Minuman bertoksid - Wallahualam.


Bila Meningkat Tua

Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.