Sunday, December 2, 2018

Rabun Jauh


Rabun Jauh


Rabun jauh, rabun dekat, myopia, hyperopia. Rabun jauh (myopia) dimana anda boleh melihat lubang jarum tetapi sahabat anda diseberang jalan anda tidak dapat kenal. Apa pun masalah tunggu dulu jangan cepat-cepat pakai kaca mata, sebab sebaik saja anda pakai kaca mata, anda akan terus memakainya sehingga anda tidak boleh melepaskannya nanti.

Jika anda mempunyai masalah rabun jauh, rabun dekat, buta warna, katarat atau pandangan tida jelas, jangan cepat-cepat mahu bedah, cuba dulu rawatan homeopati, mana tahu penyakit anda dapat disembuhkan tanpa pembedahan.


Ubat Homeopati seperti Causticum, Phos., Euphrasia amat bagus digunakan untuk memperbaiki gejala pada mata anda.

Mendapat Anak Cara Homeopati


Mungkin ada dikalangan kita yang masih belum mengetahui bahawa ' Unit Khas Infertiliti di Pusat Perubatan Homeopati Nik Omar di Kg Baru, Kuala Lumpur mempunyai cara khas 'Untuk mendapatkan Anak' mengikut kaedah semulajadi atau Natural healing dengan menggunakan ubat-ubat homeopati yang dibawa khas dari Germany dan menyusuli diluarnya dengan menggunakan teknik Akupunktur Klasik China.


Kaedah ini diperkenalkan oleh Prof Dr Nik Omar, seorang pakar perubatan Homeopati Malaysia sejak tahun 1979 dan kini teknik ini amat popular dikalangan masyarakat Malaysia khususnya di Lebah Kelang dan Kelantan.

Penyakit Hati / Liver Problem


Masalah Hati

Ubat-ubat homeopati terknal handal untuk mengubati sebarang masalah ' Sakit Hati ' atau 'Liver problem'.

Dr Jahr dalam buku Materia Medicanya mensyurkan supaya digunakan' Chelidonium 30c' tid selama 3 bulan, katanya ada harapan untuk sembuh.

Dr Alok Pareek dari Agra, menyatakan bahawa ' Lycopodium 30c; harus diberi kepada pesakit yang menpunyai masalah hati baik jaundice, hepatitis A, B atau C. Ubat ini amat berkesan diberi selama 2 bulan berturut-turut. Jika ada serasi dalam kegunaan ubat ini, ia akan memberi kesan setelah 2 atau 3 bulan mengamalkannya.

Seorang pesakit Mr NLH telah disahkan mengalami Hepatitis A dan telah dimasukkan kedalam wad selama satu minggu, tetapi tidak ada apa-apa perubatan. Bapak NLK kebetulan seorang doktor homeopati, terus mengambil anaknya keluar dari hospital dan memberi rawatan homeopati 'Crot.Hor 30c' dan Chelodonium 200c' diberi secara selang seli selama 2 minggu. Setelah dua minggu penyakit ini telah sembuh dengan jayanya."

Seminar Kepakaran Homeopath 1988



Seminar kepakaran Perubatan Homeopathy pada tahun 1988 ini telah dirasmikan oleh Dato Dusuki Ahmad, Setiausaha Parliment di Kg Chicha, Kubang Kerian, kelantan. Seramai 88 peserta menghadiri Kursus / Seminar sehari yang dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia-FAHOM.


Persatuan pengamal Perubatan Homeopati berdaftar malaysia adalah salah satu perastuan homeopathy yang paling aktif di Malaysia. Di bawah pimpinan Prof Dr Nik Omar serta AJK MRHP persatuan ini telah banyak berbakti kepada masyarakat dengan membuat berbagai aktiviti seprti bantaun kemanusian, rawatan percuma dimerata tempat diseluruh dunia.

Dr Mohd Nasir adalah Setiausaha Agong MRHP Malaysia.